Pengikut Setia~

Monday, 7 May 2012

#Prolog:Perjalanan Mimpi...

Dira: Ayie saya minta maaf saya tidak berniat untuk memainkan perasaan awak.
Ayie: Dalam permainan cinta ini, kau mahukan aku jadi trofi kau  bukan Dira? Sudah lah Dira.

Tittt *Ayie mematikan telefon bimbitnya*

Ayie tidur dan dia biarkan dirinya hanyut dia dunia mimpinya.


Di dunia mimpi, Ayie bungkam. Pintu hatinya diketuk . Ayie buka pintu. Dira terpacul dihadapan pintu.


Ayie: Apa lagi mahu kamu datang mengetuk pintu hatiku? Dulu kau datang aku bukakan seluasnya, tapi kau yang tinggalkan. Sanggup kau membuat penyataan palsu tentang hubungan kita dan biarkan cerita palsu itu tersebar.
Dira: Maafkan aku Ayie. =(
AyieSeusai kau tinggal, kau katup rapat-rapat pintu hatiku. Apa lagi yang kau mahukan?
Dira: Aku mahukan kau Ayie, aku masih sayangkan kau.
Ayie: Kau fikir aku alat permainan? Aku juga ada perasaan dan aku bukan robot.
Dira: Aku masih sayangkan kau. Dan aku tidak akan lupakan kau selama-lamanya.

Ayie terjaga dari tidur. Dia menangis terkenangkan bekas kekasihnya yang sanggup kecewakannya.



Aku lupa, leka dan alpa. Itu semua aku ada. Kau, dia dan mereka bebas berkata apa saja, tapi hanya aku dan Tuhan tahu kebenarannya.

Thursday, 3 May 2012

Diari Hati Alam Maya.

Kalau kau tahu apa yang ada dalam hati ini aku percaya kau takkan mahu tahu lagi kelak,
Kerana setiap patah kata yang tersingkap akan buatkan kau menangis teresak,
Tapi tak mengapa.

Kisah ini adalah kisah tentang aku yang masih berdiri di sini,
Kelihatan tegak namun sebenarnya goyah tak tetap kaki,
Tapi tak mengapa.

Mereka kata aku seumpama burung yang bebas terbang bahagia, gembira ketawa,
Mungkinkah mereka buta kerna mereka tak nampak, tak merasa seperti aku,
Tapi tak mengapa.

Maya menjadi saksi luahan hati,
Maya menjadi bukti penulisan ini,
Maya menjadi teman saat aku menyendiri,
Maya menjadi tempat aku bina dunia sendiri.

Tapi tak mengapa. Kerana aku
#Hero.



I hope that you may always have an angel by your side.

Pesanan buat hati: Tolong kuat kali ini. Senyum.
√ Verified Official Sky Lover © THIS DAYS Official Blogger