Pengikut Setia~

Friday, 9 March 2012

Terima Kasih Banyak-Banyak..

Aku bukanlah pakar cinta, jauh sekali seorang #Hero di dalam arena cinta. Aku hanya belajar daripada kesilapan masa lalu, menjadi semakin matang di dalam pemikiran dan juga lebih bijak dalam mentafsir sesuatu masalah. Dan aku takkan dapat jadi siapa aku hari ini tanpa pengalaman dan pengajaran masa lalu. Jadi di sini aku ingin mengambli kesempatan untuk mengucapkan ribuan dan jutaan terima kasih kepada semua bekas makwe-makwe aku, tanpa kamu aku takkan belajar menghargai erti sebuah perhubungan, aku takkan dapat memahami rasa hati seorang perempuan dan aku takkan menjadi siapa aku hari ini. Buat kau hingga sampai dekat kau jika aku tidak tersilap kira, terima kasih. Dan buat kau yang akan datang, terima kasih kerana sentiasa ada untuk aku, dan sentiasa bersabar dengan tahap kecomelan aku yang tinggi ini. *Senyum.


#terima kasih sebab membantu aku....xD

Monday, 5 March 2012

Ali Yang POWER... (Kisah Cinta Budak2)

"Awak, saya suka awak."

Ali terdiam. Dia pandang tepat ke dalam anak mata Siti, seolah pandangannya itu mampu untuk membaca segenap hati Siti. Ali sumpah terkelu, dia tak tahu apa yang harus dikatakan saat ini. Ini adalah satu perkara yang sangat-sangat tidak normal baginya, dia pasti tentang itu.


"Err, Siti." Ali pandang tepat ke wajah Siti.

"Apa dia Ali?" Siti dah pandang Ali dengan malu-malu. Habis tanah di kaki dikuisnya. Kalau dibiarkan berlanjutan mahu boleh timbus kubur yang Pak Mail tengah korek tengah hari tadi.


"Saya tak boleh nak suka ke awak. Saya minta maaf." Ali jawab pantas, tangkas dan jitu. Seolah ada satu penumbuk besi dihayun tepat ke muka Siti.

"Tapi kenapa awak? Saya ni tak cantik ke? Apa kurangnnya saya?" Siti ni perempuan, biasalah kan susah nak terima kenyataan ye dak?
"Atau awak dah ada orang lain? Awak memang dengan si Ayu tu kan?!" Perempuan, tak dapat terima kenyataan satu hal, menuduh pun satu hal lain. Jenis tak nak kalah ni memang payah. Tapi Ali masih lagi cool dan steady.

"Saya tak boleh nak suka awak sebab mak saya cakap selagi belum sunat tak boleh nak suka ke siapa-siapa."Ali bidas dengan hebat dan bergaya. Sambil silang tangan peluk tubuh, dia senyum dan berlari pulang sebab dah nak Maghrib, mak dia marah kalau balik lambat-lambat. Banyak setan katanya.

A
ku duduk lagi dekat buaian paling hujung, sambil memandang ke arah langit yang semakin gelap. Baru habis satu lagi drama di taman permainan ini. Masuk hari ni dah 4 kali Ali tolak Siti, setiap hari dengan skrip yang berbeza-beza. Esok aku tak tahulah. Power betul Ali tu, besar nanti aku yakin dia akan jadi seorang lelaki yang teguh prinsipnya. 


#
Budak zaman sekarang...banyak terpengaruh...xD
√ Verified Official Sky Lover © THIS DAYS Official Blogger