Pengikut Setia~

Friday, 21 February 2014

Kanser

"Cancer can take away all of my physical abilities. It cannot touch my mind, it cannot touch my heart, and it cannot touch my soul" - Jim Valvano

Ayie seorang lelaki yang punyai sikap penyayang. Dia sangat sayangkan adik perempuannya, Nia. Nia berumur 7 tahun. Seorang gadis yang manja, berambut panjang. Dia sangat sayangkan abangnya. Bagi Nia abangnya seorang lelaki yang sentiasa melindunginya selain bapa. Nia sering dibuli. Tapi Ayie menjadi pengubat hati, yang sering memujuk. Ayie selalu buat adik kesayangan dia tersenyum. Walaupun baru berusia 7 tahun, Nia pandai berdikari. Ayie sering mengajarnya berdikari. "Abang tak boleh selalu ada dengan adik, so adik kena pandai jaga diri. Mana tahu kalau-kalau nanti abang takda." Kata Ayie. Nia mengeluh sambil bertanya "Abang nak pergi mana?". "Abang tak kemana-mana, abang sentiasa ada disebelah adik montel abang" balas Ayie.

Ada rahsia tentang Ayie yang Nia tidak tahu. Ayie salah seorang pesakit yang menghidapi kanser otak atau dikenali sebagai barah otak. Dia menghidap penyakit ini ditahap kritikal. 
Ayie lambat untuk menjalani rawatan. Barah otak adalah antara penyakit yang paling digeruni oleh masyarakat dunia. Barah otak adalah berkenaan wujudnya tumor pada bahagian tertentu otak.
Hanya kedua orang tua Ayie yang mengetahui tentang penyakitnya. Nia? Nia hanya tahu yang Ayie ni seorang superhero yang sentiasa menjaga dan melindunginya. Ayie kini menjalani kaedah rawatan moden, iaitu kemoterapi. Sudah hampir seminggu hari Ayie menjalani rawatan kemoterapi. Rambut Ayie sering berguguran di lantai.

Pernah pada suatu hari Ayie menggendong Nia. Nia sangat gembira. Sehingga Nia memegang kepala Ayie. Lantas rambut-rambut di kepala Ayie luruh. Nia terkejut. Ayie meletakkan Nia dibawah kemudian, dia belari ke bilik dan mengunci dari dalam. Ayie takut. Takut untuk beritahu Nia tentang perkara yang sebenar. Dia sangat sayang. Sayang sangat pada Nia. Mata Nia berair, kemudian mengalir air mata Nia. Nia berlari mencari orang tuanya. "Kenapa rambut abang selalu gugur?" Tanya Nia. Waktu semakin suntuk. Walupun Nia masih kecil, tetapi dia harus tahu tentang abangnya. Orang tua Ayie menceritakan segalanya kepada Nia. Walaupun mungkin Nia tidak betul-betul faham, tapi dia tahu abangnya menghidap penyakit yang kritikal yang boleh membawa maut.

Bila Nia sudah tahu apa yang dialami abangnya, dia semakin prihatin terhadap abangnya. Dia sering mengajak abangnya bersiar-siar pada waktu petang. "Abang, kalau ada orang buli abang, abang bagitahu Nia tau? Abang jangan risau tentang rambut abang. Nanti rambut abang akan tumbuh macam dulu." Kata Nia. Ayie tersenyum. "Yelah adik. Esok pagi abang ada rawatan kemoterapi dekat hospital. Adik nak ikut abang tak?" Tanya Ayie. Nia terfikir panjang. Dalam hatinya sedih. Risau. "Abang, Nia taknak ikut abang. Nia tunggu abang dirumah. Nia nak buat satu kejutan untuk abang" Kata Nia. Ayie tersenyum manis. Hari kian lewat. Senja makin merah. Mereka terus pulang ke rumah. 

Esok pagi, Ayie mencapai topinya dan bergerak ke hospital untuk jalani rawatan kemoterapi. Nia di rumah memikirkan kejutan yang hendak dibuat kepada abangnya. Akhirnya Nia mendapat satu idea.
Terus Nia ke dapur untuk mendapatkan gunting. Nia memotong rambutnya sehingga pendek. Kemudian dia mengumpul rambut-rambutnya itu di atas kain. Dia menunggu kepulangan abangnya.
Tibanya Ayie dirumah. Ayie terkejut bila dia buka pintu hadapan rumahnya, dia melihat adiknya yang berambut pendek. "Mengapa?" Kata Ayie. "Ini kejutan buat abang" kata Nia sambil menghulurkan rambutnya yang dipotong. "Rambut abang akan tumbuh balik kan? Abang akan sembuh kan?" Kata Nia sambil mengusap air mata. 

Monday, 10 February 2014

Hati Seorang Ayah.

Dalam dunia ini kau hanya akan ada seorang ayah dan seorang mama. Makwe? Kau nak ada beratus pun tak apa. Ayah Mama takkan ada gantinya.

Suatu ketika, ada seorang anak lelaki bernama Ayie yang bertanya kepada ayahnya, tatkala tanpa sengaja dia melihat ayahnya sedang mengusap wajahnya yang mulai berkerut-merut dengan badannya yang terbongkok-bongkok, disertai suara batuk-batuknya.

Ayie bertanya pada ayahnya : "Ayah, mengapa wajah ayah kian berkerut-merut dengan badan ayah yang kian hari kian membongkok ?"

Demikian pertanyaan Ayie kepada ayahnya ketika ayahnya sedang berehat.

Si ayah menjawab : "Sebab ayah lelaki."

Ayie berkata sendirian : "Ayie tak fahamlah".

Dengan kerut-kening kerana jawapan ayahnya membuatnya termenung rasa kebingungan.

Ayah hanya tersenyum, lalu dibelainya rambut anaknya itu, terus menepuk-nepuk bahunya, kemudian si ayah mengatakan : "Anakku, bila kamu sudah besar nanti, kamu menjadi lelaki yang dewasa kamu akan faham makna disebalik jawapan ayah."

Demikian bisik Si ayah, yang membuat anaknya itu bertambah kebingungan.

Kerana perasaan ingin tahu, Ayie mencari ibunya lalu bertanya kepada ibunya : "Ibu, mengapa wajah Ayah jadi berkerut-merut dan badannya kian hari kian membongkok? Dan ayah nampak biasa tanpa ada keluhan dan rasa sakit ?"

Ibunya menjawab : "Ayie, jika seorang lelaki yang benar-benar bertanggungjawab terhadap keluarga itu memang akan demikian."

Hanya itu jawapan si ibu. Ayie kemudian membesar dan menjadi dewasa, tetapi dia tetap juga masih tercari-cari jawapan, mengapa wajah ayahnya yang tampan menjadi berkerut-merut dan badannya menjadi membongkok?

Hingga pada suatu malam, dia bermimpi. Di dalam impian itu seolah- olah dia mendengar suara yang sangat lembut, namun jelas sekali. Dan kata-kata yang terdengar dengan jelas itu ternyata suatu rangkaian kalimah sebagai jawapan rasa kebingungannya selama ini.

"Saat Ku-ciptakan lelaki, aku membuatnya sebagai pemimpin keluarga serta sebagai tiang penyangga dari bangunan keluarga, dia sentiasa akan berusaha untuk menahan setiap hujungnya, agar keluarganya merasa aman, teduh dan terlindung."

"Ku ciptakan bahunya yang kuat dan berotot untuk membanting- tulang menghidupi seluruh keluarganya dan kegagahannya harus cukup kuat pula untuk melindungi seluruh keluarganya."

"Ku berikan kemahuan padanya agar selalu berusaha mencari sesuap nasi yang berasal dari titisan keringatnya sendiri yang halal dan bersih, agar keluarganya tidak terlantar, walaupun seringkali dia mendapat cercaan dari anak-anaknya."

"Ku berikan keperkasaan dan mental baja yang akan membuat dirinya pantang menyerah, demi keluarganya dia merelakan kulitnya tersengat panasnya matahari, demi keluarganya dia merelakan badannya berbasah kuyup kedinginan dan kesejukan kerana tersiram hujan dan dihembus angin, dia relakan tenaga perkasanya dicurahkan demi keluarganya, dan yang selalu dia ingat, adalah disaat semua orang menanti kedatangannya dengan mengharapkan hasil dari jerih- payahnya."

"Kuberikan kesabaran, ketekunan serta kesungguhan yang akan membuat dirinya selalu berusaha merawat dan membimbing keluarganya tanpa adanya keluh kesah, walaupun disetiap perjalanan hidupnya keletihan dan kesakitan kerapkali menyerangnya."

"Ku berikan perasaan cekal dan gigih untuk berusaha berjuang demi mencintai dan mengasihi keluarganya, didalam suasana dan situasi apapun juga, walaupun tidaklah jarang anak-anaknya melukai perasaannya, melukai hatinya."

Padahal perasaannya itu pula yang telah memberikan perlindungan rasa aman pada saat dimana anak-anaknya tertidur lelap. Serta sentuhan perasaannya itulah yang memberikan kenyamanan bila saat dia sedang menepuk-nepuk bahu anak-anaknya agar selalu saling menyayangi dan saling mengasihi sesama saudara."

"Ku berikan kebijaksanaan dan kemampuan padanya untuk memberikan pengertian dan kesedaran terhadap anak-anaknya tentang saat kini dan saat mendatang, walaupun seringkali ditentang bahkan dikotak-katikkan oleh anak-anaknya."

"Ku berikan kebijaksanaan dan kemampuan padanya untuk memberikan pengetahuan dan menyedarkan, bahawa isteri yang baik adalah isteri yang setia terhadap suaminya, isteri yang baik adalah isteri yang sentiasa menemani, dan bersama-sama menghadapi perjalanan hidup baik suka mahupun duka, walaupun seringkali kebijaksanaannya itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada isteri, agar tetap berdiri, bertahan, sepadan dan saling melengkapi serta saling menyayangi."

"Ku berikan kerutan diwajahnya agar menjadi bukti, bahawa lelaki itu sentiasa berusaha sekuat daya fikirnya untuk mencari dan menemukan cara agar keluarganya dapat hidup didalam keluarga bahagia dan badannya yang terbongkok agar dapat membuktikan, bahawa sebagai lelaki yang bertanggungjawab terhadap seluruh keluarganya, senantiasa berusaha mencurahkan sekuat tenaga serta segenap perasaannya, kekuatannya, kesungguhannya demi kelanjutan hidup keluarganya."

"Ku berikan kepada lelaki tanggungjawab penuh sebagai pemimpin keluarga, sebagai tiang penyangga ( seri / penyokong ), agar dapat dipergunakan dengan sebaik-baiknya. Dan hanya inilah kelebihan yang dimiliki oleh lelaki, walaupun sebenarnya tanggungjawab ini adalah amanah di dunia dan akhirat."

Terkejut Ayie dari tidurnya dan segera dia berlari, berlutut dan berdoa hingga menjelang subuh. Setelah itu dia hampiri bilik ayahnya yang sedang berdoa, ketika ayahnya berdiri Ayie itu menggenggam dan mencium telapak tangan ayahnya.

"Aku mendengar dan merasakan bebanmu, ayah."


Ayie terkenangkan dosanya. Selepas itu, Ayie tidak pernah lupa untuk doakan ayahnya ketika usai solat. Biarlah dia yang dipanggil Tuhan dahulu sebelum ayahnya.
√ Verified Official Sky Lover © THIS DAYS Official Blogger