Pengikut Setia~

Showing posts with label Hero. Show all posts
Showing posts with label Hero. Show all posts

Monday, 10 February 2014

Hati Seorang Ayah.

Dalam dunia ini kau hanya akan ada seorang ayah dan seorang mama. Makwe? Kau nak ada beratus pun tak apa. Ayah Mama takkan ada gantinya.

Suatu ketika, ada seorang anak lelaki bernama Ayie yang bertanya kepada ayahnya, tatkala tanpa sengaja dia melihat ayahnya sedang mengusap wajahnya yang mulai berkerut-merut dengan badannya yang terbongkok-bongkok, disertai suara batuk-batuknya.

Ayie bertanya pada ayahnya : "Ayah, mengapa wajah ayah kian berkerut-merut dengan badan ayah yang kian hari kian membongkok ?"

Demikian pertanyaan Ayie kepada ayahnya ketika ayahnya sedang berehat.

Si ayah menjawab : "Sebab ayah lelaki."

Ayie berkata sendirian : "Ayie tak fahamlah".

Dengan kerut-kening kerana jawapan ayahnya membuatnya termenung rasa kebingungan.

Ayah hanya tersenyum, lalu dibelainya rambut anaknya itu, terus menepuk-nepuk bahunya, kemudian si ayah mengatakan : "Anakku, bila kamu sudah besar nanti, kamu menjadi lelaki yang dewasa kamu akan faham makna disebalik jawapan ayah."

Demikian bisik Si ayah, yang membuat anaknya itu bertambah kebingungan.

Kerana perasaan ingin tahu, Ayie mencari ibunya lalu bertanya kepada ibunya : "Ibu, mengapa wajah Ayah jadi berkerut-merut dan badannya kian hari kian membongkok? Dan ayah nampak biasa tanpa ada keluhan dan rasa sakit ?"

Ibunya menjawab : "Ayie, jika seorang lelaki yang benar-benar bertanggungjawab terhadap keluarga itu memang akan demikian."

Hanya itu jawapan si ibu. Ayie kemudian membesar dan menjadi dewasa, tetapi dia tetap juga masih tercari-cari jawapan, mengapa wajah ayahnya yang tampan menjadi berkerut-merut dan badannya menjadi membongkok?

Hingga pada suatu malam, dia bermimpi. Di dalam impian itu seolah- olah dia mendengar suara yang sangat lembut, namun jelas sekali. Dan kata-kata yang terdengar dengan jelas itu ternyata suatu rangkaian kalimah sebagai jawapan rasa kebingungannya selama ini.

"Saat Ku-ciptakan lelaki, aku membuatnya sebagai pemimpin keluarga serta sebagai tiang penyangga dari bangunan keluarga, dia sentiasa akan berusaha untuk menahan setiap hujungnya, agar keluarganya merasa aman, teduh dan terlindung."

"Ku ciptakan bahunya yang kuat dan berotot untuk membanting- tulang menghidupi seluruh keluarganya dan kegagahannya harus cukup kuat pula untuk melindungi seluruh keluarganya."

"Ku berikan kemahuan padanya agar selalu berusaha mencari sesuap nasi yang berasal dari titisan keringatnya sendiri yang halal dan bersih, agar keluarganya tidak terlantar, walaupun seringkali dia mendapat cercaan dari anak-anaknya."

"Ku berikan keperkasaan dan mental baja yang akan membuat dirinya pantang menyerah, demi keluarganya dia merelakan kulitnya tersengat panasnya matahari, demi keluarganya dia merelakan badannya berbasah kuyup kedinginan dan kesejukan kerana tersiram hujan dan dihembus angin, dia relakan tenaga perkasanya dicurahkan demi keluarganya, dan yang selalu dia ingat, adalah disaat semua orang menanti kedatangannya dengan mengharapkan hasil dari jerih- payahnya."

"Kuberikan kesabaran, ketekunan serta kesungguhan yang akan membuat dirinya selalu berusaha merawat dan membimbing keluarganya tanpa adanya keluh kesah, walaupun disetiap perjalanan hidupnya keletihan dan kesakitan kerapkali menyerangnya."

"Ku berikan perasaan cekal dan gigih untuk berusaha berjuang demi mencintai dan mengasihi keluarganya, didalam suasana dan situasi apapun juga, walaupun tidaklah jarang anak-anaknya melukai perasaannya, melukai hatinya."

Padahal perasaannya itu pula yang telah memberikan perlindungan rasa aman pada saat dimana anak-anaknya tertidur lelap. Serta sentuhan perasaannya itulah yang memberikan kenyamanan bila saat dia sedang menepuk-nepuk bahu anak-anaknya agar selalu saling menyayangi dan saling mengasihi sesama saudara."

"Ku berikan kebijaksanaan dan kemampuan padanya untuk memberikan pengertian dan kesedaran terhadap anak-anaknya tentang saat kini dan saat mendatang, walaupun seringkali ditentang bahkan dikotak-katikkan oleh anak-anaknya."

"Ku berikan kebijaksanaan dan kemampuan padanya untuk memberikan pengetahuan dan menyedarkan, bahawa isteri yang baik adalah isteri yang setia terhadap suaminya, isteri yang baik adalah isteri yang sentiasa menemani, dan bersama-sama menghadapi perjalanan hidup baik suka mahupun duka, walaupun seringkali kebijaksanaannya itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada isteri, agar tetap berdiri, bertahan, sepadan dan saling melengkapi serta saling menyayangi."

"Ku berikan kerutan diwajahnya agar menjadi bukti, bahawa lelaki itu sentiasa berusaha sekuat daya fikirnya untuk mencari dan menemukan cara agar keluarganya dapat hidup didalam keluarga bahagia dan badannya yang terbongkok agar dapat membuktikan, bahawa sebagai lelaki yang bertanggungjawab terhadap seluruh keluarganya, senantiasa berusaha mencurahkan sekuat tenaga serta segenap perasaannya, kekuatannya, kesungguhannya demi kelanjutan hidup keluarganya."

"Ku berikan kepada lelaki tanggungjawab penuh sebagai pemimpin keluarga, sebagai tiang penyangga ( seri / penyokong ), agar dapat dipergunakan dengan sebaik-baiknya. Dan hanya inilah kelebihan yang dimiliki oleh lelaki, walaupun sebenarnya tanggungjawab ini adalah amanah di dunia dan akhirat."

Terkejut Ayie dari tidurnya dan segera dia berlari, berlutut dan berdoa hingga menjelang subuh. Setelah itu dia hampiri bilik ayahnya yang sedang berdoa, ketika ayahnya berdiri Ayie itu menggenggam dan mencium telapak tangan ayahnya.

"Aku mendengar dan merasakan bebanmu, ayah."


Ayie terkenangkan dosanya. Selepas itu, Ayie tidak pernah lupa untuk doakan ayahnya ketika usai solat. Biarlah dia yang dipanggil Tuhan dahulu sebelum ayahnya.

Tuesday, 11 December 2012

Nur Evabalqis



12 November bermula kisah sedih mereka. Ayie mengajak Eva untuk keluar berjalan-jalan. Pantai Bersih,Penang tempat yang ingin dituju Ayie. Seperti biasa, ayah Eva menjadi pemandu untuk perjalanan mereka. Kemana pun mereka pergi ayah Eva yang akan menghantar mereka. Sampai di destinasi ayah Eva meninggalkan mereka berdua sendirian. "Pendek, sayang kamu," kata Ayie sambil memberikan senyuman comel. "Sayang kamu jugak Si Budak Tinggi," kata Eva sambil memerli Ayie. Saat itu adalah saat terakhir mereka mengatakan kata-kata itu.

Berjalan-jalan mereka ditepi pantai sambil tersenyum gembira. Kemudian mereka duduk di batu-batuan di tepi pantai.
Ayie : Sayang, cuba kamu tengok tu. Senja semakin merah. Cantikkan?
Eva : Yup. Cantik. Tapi budak pendek yang awak cakap ni lagi cantik rasanya.
Ayie : Okaylah, awak cantik. Tapi nanti senja itu tak lagi merah, dan hidup tak lagi meriah.
Eva : Saya akan cuba buat 'Si Tinggi' saya ni happy dan meriah. *Senyum manis.
Ayie : Baiklah. Sayang kamu. >.<

Kemudian tiba-tiba Eva rebah dihadapan Ayie. Ayie terdiam. Ayie terkejut. Dia sangkakan bahawa itu hanyalah helah Eva mahu permainkan dia. Tapi tidak. Ada sesuatu yang tidak kena dengannya. Mukanya pucat. Ada seseorang lelaki menelefon Ambulans. Ayie rasa seperti mati, rasa dengan sangat terkejut saat mereka membawa Eva di dalam ambulans. Ayie mengikuti Eva ke hospital. Saat Ayie melihat Eva, mukanya sangat pucat. Matanya sedikit terbuka, dan Ayie terus menatapnya. Ayie memegang tangannya dan berkata, "Aku sayang kamu." Tetapi Ayie ingin berkata lebih banyak lagi. Ayie bahkan dapat menulis sebuah novel tentang segala erti dirimu bagiku. "Bagaimana aku harus melalui semua ini?" Ayie terfikir dalam hatinya.

Tiba di hospital, doktor memeriksa Eva. Beberapa minit kemudian doktor keluar dari bilik rawatan dan berkata pada Ayie dan ayah Eva bahawa Eva terkena penyakit tumor otak (barah otak) kerana ada radiasi pada otak. Eva berada dalam keadaan kritikal. Banyak tanda-tanda yang terjadi pada Eva. Tapi Eva menganggap sakit biasa. Sakit kepala yang teruk, gangguan penglihatan, hilang daya imbangan, lemah atau kebas badan antara terjadi kepada Eva. Doktor juga berkata lagi sebulan Eva harus melakukan pembedahan. Sejak itu Ayie sering ke rumah Eva kerana risau dan sedih. Pada hari pembedahan Eva, Ayie datang ke hospital bersama ayah Eva. Setelah satu jam 15 minit Ayie menunggu, doktor telah melakukan yang terdaya. Eva disahkan meninggal. Ayie mulai menangis, seluruh tubuhnya sakit. "Aku ingin pergi dari semua orang" Ungkapan hati Ayie. Dan dia keluar dari bilik itu, tetapi dia tahu dia harus mengucapkan selamat tinggal.

Sudah beberapa minggu sejak Eva meninggalkan Ayie, dan Ayie masih mengingatkan pada Eva. Lagu-lagu mereka bersama sentiasa didengar Ayie, restoran tempat mereka menyambut hari jadi sering Ayie datang. Tetapi apa yang bisa Ayie lakukan adalah merasa bersyukur atas waktu-waktu yang sudah dia miliki. Ayie menyedari bahwa jika kamu mencintai seseorang, kamu harus selalu merasa bahagia bersamanya setiap waktu. Eva pernah berpesan, buatlah kenangan-kenangan yang baik daripada yang buruk - karena tidak peduli apapun yang terjadi, kenangan baik adalah kenangan yang selalu ingin kamu ingat kembali. Sekarang tanah perkuburan Eva satu-satunya tempat mereka bertemu.






"Buatlah kenangan-kenangan yang baik daripada yang buruk - karena tidak peduli apapun yang terjadi, kenangan baik adalah kenangan yang selalu ingin kamu ingat kembali." - Nur Evabalqis, 2010

Friday, 19 October 2012

Mengejar Mentari Jatuh

Hari yang membosankan bila tidak tahu apa yang hendak dibuat.

9 March


7 July
6 October
6 October ( Big Family )

6 October ( Sweet Couple )

Hari yang membosankan dan saya habiskan bersama kenangan ' Mengejar Mentari Jatuh. '


# Kalau awak sudi nak kejar mentari jatuh bersama saya, saya sudi temani awak selamanya.




Monday, 14 May 2012

Untuk Yang Pernah Hadir Dalam Hidup Gua..


Untuk nombor 1, terima kasih kerana mengajar aku apa itu hubungan.
Untuk nombor 2, terima kasih kerana mengajarku apa itu cinta monyet.
Untuk nombor 3, terima kasih kerana mengajarku apa itu pedihnya kematian.
Untuk nombor 4, terima kasih kerana mengajarku tentang perbezaan.
Untuk nombor 5,terima kasih kerana memberi aku peluang merasakan cinta berlainan bangsa.
Untuk nombor 6, t8erima kasih kerana mengajarku tentang kemewahan.
Untuk nombor 7, terima kasih kerana mengajarku apa erti penantian.
Untuk nombor 8 , terima kasih kerana mengajarku tentang cinta dalam kejauhan.
Untuk nombor 9, terima kasih kerana mengajarku erti keseronokan.
Untuk nombor 10, terima kasih kerana mengajarku sakitnya pembohongan.
Untuk nombor 11, terima kasih kerana mengajarku tentang kebahagiaan.
Untuk nombor 12, terima kasih kerana mengajarku tentang sebuah kehidupan.
Untuk nombor 13, terima kasih kerana mengajarku makna kesetiaan.
Untuk nombor 14, terima kasih kerana mengajarku sakitnya di caci dihina.
Untuk nombor 15, terima kasih kerana mengajarku erti pengorbanan.
Dan untuk nombor 16, terima kasih kerana mengajarku rasa ditipu.


# Terima kasih banyak-banyak kerana diberi peluang merasai semua ini...=)
√ Verified Official Sky Lover © THIS DAYS Official Blogger