Pengikut Setia~

Showing posts with label Cinta. Show all posts
Showing posts with label Cinta. Show all posts

Saturday, 22 December 2012

PLATONIC Love

"Jodoh, ia adalah ketentuan. Tapi aku percaya jodoh itu wujud " - Ayie, Lelaki yang kecewa. 2012

Cinta platonik itu cinta unik, jenis cinta ini tidak seperti kisah percintaan telenovela atau film-film drama Bollywood. Cinta Platonik adalah sebuah istilah yang dipakai untuk menyebut sebuah perkaitan kasih sayang, tetapi unsur-unsur rasa tarikan secara seksual tidak wujud. Cinta platonik adalah cinta yang disimpan dalam hati, cinta rahsia yang tidak perlu dimanifestasikan seperti cara film drama memanifestasikannya. Ia cinta diam-diam. Love in silent. Ia lebih hebat daripada cinta anak-anak muda sekarang. 


Cinta kita bersama. Dalam cinta kita ada mimipi dan harapan kita.
Dengan cinta akan terhimpun kekuatan untuk mencapai tujuan kita.
Our PLATONIC LOVE.

Cinta Platonik ianya lebih hebat dari cinta biasa. Mungkin saya setuju dengan konsep cinta para Platonian bahwa cinta itu adalah saling menghormati dan saling menjaga. Cinta ini adalah cinta yang hanya dapat dirasakan oleh hati. Cinta yang sulit diucapkan. 






HIGHLIGHT YOUR LOVE AND SPREAD IT.

Tuesday, 11 December 2012

Nur Evabalqis



12 November bermula kisah sedih mereka. Ayie mengajak Eva untuk keluar berjalan-jalan. Pantai Bersih,Penang tempat yang ingin dituju Ayie. Seperti biasa, ayah Eva menjadi pemandu untuk perjalanan mereka. Kemana pun mereka pergi ayah Eva yang akan menghantar mereka. Sampai di destinasi ayah Eva meninggalkan mereka berdua sendirian. "Pendek, sayang kamu," kata Ayie sambil memberikan senyuman comel. "Sayang kamu jugak Si Budak Tinggi," kata Eva sambil memerli Ayie. Saat itu adalah saat terakhir mereka mengatakan kata-kata itu.

Berjalan-jalan mereka ditepi pantai sambil tersenyum gembira. Kemudian mereka duduk di batu-batuan di tepi pantai.
Ayie : Sayang, cuba kamu tengok tu. Senja semakin merah. Cantikkan?
Eva : Yup. Cantik. Tapi budak pendek yang awak cakap ni lagi cantik rasanya.
Ayie : Okaylah, awak cantik. Tapi nanti senja itu tak lagi merah, dan hidup tak lagi meriah.
Eva : Saya akan cuba buat 'Si Tinggi' saya ni happy dan meriah. *Senyum manis.
Ayie : Baiklah. Sayang kamu. >.<

Kemudian tiba-tiba Eva rebah dihadapan Ayie. Ayie terdiam. Ayie terkejut. Dia sangkakan bahawa itu hanyalah helah Eva mahu permainkan dia. Tapi tidak. Ada sesuatu yang tidak kena dengannya. Mukanya pucat. Ada seseorang lelaki menelefon Ambulans. Ayie rasa seperti mati, rasa dengan sangat terkejut saat mereka membawa Eva di dalam ambulans. Ayie mengikuti Eva ke hospital. Saat Ayie melihat Eva, mukanya sangat pucat. Matanya sedikit terbuka, dan Ayie terus menatapnya. Ayie memegang tangannya dan berkata, "Aku sayang kamu." Tetapi Ayie ingin berkata lebih banyak lagi. Ayie bahkan dapat menulis sebuah novel tentang segala erti dirimu bagiku. "Bagaimana aku harus melalui semua ini?" Ayie terfikir dalam hatinya.

Tiba di hospital, doktor memeriksa Eva. Beberapa minit kemudian doktor keluar dari bilik rawatan dan berkata pada Ayie dan ayah Eva bahawa Eva terkena penyakit tumor otak (barah otak) kerana ada radiasi pada otak. Eva berada dalam keadaan kritikal. Banyak tanda-tanda yang terjadi pada Eva. Tapi Eva menganggap sakit biasa. Sakit kepala yang teruk, gangguan penglihatan, hilang daya imbangan, lemah atau kebas badan antara terjadi kepada Eva. Doktor juga berkata lagi sebulan Eva harus melakukan pembedahan. Sejak itu Ayie sering ke rumah Eva kerana risau dan sedih. Pada hari pembedahan Eva, Ayie datang ke hospital bersama ayah Eva. Setelah satu jam 15 minit Ayie menunggu, doktor telah melakukan yang terdaya. Eva disahkan meninggal. Ayie mulai menangis, seluruh tubuhnya sakit. "Aku ingin pergi dari semua orang" Ungkapan hati Ayie. Dan dia keluar dari bilik itu, tetapi dia tahu dia harus mengucapkan selamat tinggal.

Sudah beberapa minggu sejak Eva meninggalkan Ayie, dan Ayie masih mengingatkan pada Eva. Lagu-lagu mereka bersama sentiasa didengar Ayie, restoran tempat mereka menyambut hari jadi sering Ayie datang. Tetapi apa yang bisa Ayie lakukan adalah merasa bersyukur atas waktu-waktu yang sudah dia miliki. Ayie menyedari bahwa jika kamu mencintai seseorang, kamu harus selalu merasa bahagia bersamanya setiap waktu. Eva pernah berpesan, buatlah kenangan-kenangan yang baik daripada yang buruk - karena tidak peduli apapun yang terjadi, kenangan baik adalah kenangan yang selalu ingin kamu ingat kembali. Sekarang tanah perkuburan Eva satu-satunya tempat mereka bertemu.






"Buatlah kenangan-kenangan yang baik daripada yang buruk - karena tidak peduli apapun yang terjadi, kenangan baik adalah kenangan yang selalu ingin kamu ingat kembali." - Nur Evabalqis, 2010

Monday, 19 November 2012

Ayie Dan Dira Di Dalam Hujan


Di dalam hujan Ayie keluar rumah untuk menemui kekasih hatinya, Dira. Dia telah berjanji untuk menemui Dira di taman permainan. Ayie berlari-lari anak sewaktu melintasi jalan raya untuk ke taman permainan berdekatan rumahnya. Entah kenapa hari itu banyak kenderaan yang lalu-lalang di kawasan itu. Ayie bercadang untung menggunakan jalan lain. Namun apabila terlihatkan Dira yang setia menanti di sebelah jalan sana, Ayie mula kuatkan hati dan dengan sepenuh kudratnya mula melangkah melintasi jalan yang sedang sibuk itu.

Sampai di pertengahan jalan, Ayie berehat sebentar di atas pembahagi jalan yang diwarnakan hitam putih itu. Dia memandang ke sebelah sana, Dira masih setia menanti kehadirannya. Dia tersenyum tatkala Dira melihatnya dengan penuh kerisauan.

"Dia risaukan aku, dia masih sayangkan aku lagi rupanya." monolog Ayie.

Dia yang mengajak Dira untuk bertemu di taman permainan itu, tempat mereka selalu berjumpa hampir setiap petang. Dia mendapat tahu Dira di belakangnya senyap-senyap selalu berjumpa dengan Danial. Dan hari ini dia nekad mahu menemui Dira dan meminta penjelasan. Dia akui dia masih sayangkan Dira, dan dia tidak mahu mempercayai sebarang gosip-gosip liar sebelum mendapat kepastian yang sahih daripada kekasih hatinya itu.

Hanya tinggal beberapa meter lagi, lalu dengan langkah yang sejuk Ayie mula melintas jalan yang separuh untuk mendapatkan Dira. Dari jauh dia melihat Dira sedang tersenyum menanti kehadirannya. Dia masih lagi ayu seperti kali terakhir mereka bertemu di taman permainan itu. Hanya beberapa langkah lagi dia akan sampai di seberang sana sebelum dia tiba-tiba dikejutkan dengan bunyi brek mengejut dari sisi kirinya. Ayie pandang kiri, sebuah motosikal double R warna hijau sedang meluncur laju ke arahnya. Tayar belakang motosikal itu kelihatan berasap akibat daripada tekanan brek yang mengejut bagi memberhentikan momentum pergerakan motor itu. Ayie dengan pantas cuba mengelak ke belakang. Dasar mat rempit petang-petang hujan yang sejuk dan damai pun mahu bawa motor gaya Rossi. Belum sempat Ayie mengambil nafas tiba-tiba sebuah kereta yang sedang dipandu dengan laju telah menghentam dia daripada sisi kirinya gara-gara cuba mengelak mat rempit yang berhenti mengejut tadi.

Ayie tercampak beberapa meter ke belakang. Sungguh sakit rasanya, beberapa tulang rusuk kirinya dirasakan patah dan Ayie rasa ada cecair panas mengalir dari kepalanya. Dia mula berpinar dan penglihatan mulai samar. Dan dari kejauhan itu dia ternampak Dira sedang melihat ke arahnya. Entah dari mana datangnya kekuatan dirinya, dia bingkas bangun dan berjalan ke arah Dira. Rusuk yang patah sudah tak dipedulikan. Sakitnya hanya Tuhan yang tahu namun mengenangkan Dira dia gagahkan jua. Badannya semakin lemah, penglihatannya mulai kabur dan sebelum dia sedar dia sudah terbaring kaku di atas jalan raya itu, memandang tepat ke arah Dira.

Ayie rasakan nyawa yang hampir ke penghujung itu mulai ditarik perlahan-lahan. Dira yang sedari tadi melihat ke arahnya tiba-tiba berpaling dan berjalan pergi. Ayie terkejut, dalam kesakitan itu dia cuba memanggil nama kekasih hatinya itu namun hampa, Dira terus berpaling pergi ke arah Danial yang sedang menanti di tepi taman permainan itu. Rupanya segala apa yang diceritakan itu ternyata benar. Ayie semakin lemah, dan dia terbaring kaku di situ. Pemandu yang telah langgarnya telah menelefon Ambulans. Walaubagaimana pun Ayie telah menghembus nafas terakhirnya tatkala hatinya hancur melihat pemergian kekasih hatinya yang selama ini di anggap setia. Ayie hanya terbaring di jalan sambil mencium hujan yang turun.




Curang ialah pilihan. Manusia sentiasa diberi peluang untuk buat pilihan.

Sunday, 11 November 2012

Tulang Rusuk Ayie


Sebuah senja yang sempurna, sepotong kek, dan lagu cinta yang lembut ? Adakah yang lebih indah dari itu, bagi sepasang manusia yang memadu kasih? Ayie dan Zara duduk di punggung senja, berpotong percakapan lewat, beratus tawa timpas, lalu Zara pun memulai meminta kepastian. ya, tentang cinta.
Zara : Siapa perempuan yang paling kamu sayang selain ibu bapa dan keluargamu?
Ayie : Sudah semestinya perempuan itu adalah kamu.
Zara : Bagi kamu, aku ini siapa?
Ayie : (Berfikir sejenak, lalu menatap Zara dengan pasti) Kamu tulang rusukku! Ada tertulis, Tuhan melihat bahwa Adam kesepian. Saat Adam tidur, Tuhan mengambil rusuk dari Adam dan menciptakan Hawa. Semua lelaki mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hati.”
Zara : Terima kasih. Saya teramat sayangkan awak Ayie. Saya berjanji saya akan sentiasa menjadi tulang rusuk kamu.
Pada suatu hari mereka mulai bertengkar disebabkan Zara mempunyai kekasih lain. Dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas.
Pada akhir sebuah pertengkaran, Ayie berjalan keluar rumah bersendirian. Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak, “Kamu tidak cintakan aku lagi! Kenapa kamu buat begini Zara?”

Ayie sangat membenci ketidakdewasaan Zara dan secara spontan pergi ke rumah Zara sambil berteriak, “Aku menyesal mengenali kamu!." Zara membalas "Aku bukan tulang rusukmu!
Tiba-tiba Ayie terdiam , berdiri terpaku untuk beberapa saat. Matanya basah. Ia menatap Zara, seakan tak percaya pada apa yang telah dia dengar.

Zara menyesal akan apa yang sudah dia ucapkan. Tetapi seperti air yang telah tertumpah, ucapan itu tidak mungkin dapat dibetulkan kembali. Dengan berlinang air mata, Ayie kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya. Ayie bertekad untuk berpisah dan pergi ke luar negara untuk menenangkan hatinya. Sebelum pulang ke rumah, Ayie memberitahu Zara “Kalau kau bukan tulang rusuk aku, biarkan aku pergi. Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing.


Dua tahun berlalu…..
Ayie pulang ke tanah air dan dia teringatkan akan Zara. Dia tetapi berusaha mencari  Zara. Puas mencari tetapi tidak juga berjaya.
Dan di tengah malam yang sunyi, saat Ayie meminum kopinya, Ayie merasakan ada yang sakit di dadanya. Tapi dia tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan Zara.
Suatu hari, mereka bertemu kembali. Di airport, di tempat ketika banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah tembok.
Ayie : Apa khabar?
Zara : Baik. Kamu sudah berjumpa dengan rusukmu yang hilang?
Ayie : Belum.
Zara : Aku terbang ke Paris dengan penerbangan berikut.
Ayie : Aku mahu ke New Zealand dan akan kembali 2 minggu lagi. Cuba hubungi aku kalau kamu sempat. Kamu tahu perasaan sayang aku tidak akan berubah walaupun hati kamu sudah dimiliki. Tidak akan ada yang berubah.
Zara tersenyum manis, lalu berlalu.
Good bye….

Seminggu kemudian, Ayie mendengar bahwa Zara mengalami kemalangan, dan Zara telah mati. Malam itu, sekali lagi, Ayie meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit di dadanya. Akhirnya dia sadar bahwa sakit itu adalah karena Zara, tulang rusuknya sendiri. Sakit kata Ayie. Ayie berfikr jikalau lah dia boleh bersabar akan Zara dahulu, sudah pasti Zara ada disebelahnya.





Cinta itu mudah, tapi kita yang menyusahkan.



Sunday, 12 August 2012

Prolog : Cinta AYie Buat Amy # 4 - Adakah ini akhirnya?

Bab cinta mereka terputus pada 10 Ogos.
Ini semua angkara
Ayie yang terlalu risaukan Amy.Ceritanya bermula pada malam itu, Amy tidak sihat. Tapi Ayie dapat tahu yang Amy keluar rumah pada malam itu. Dengan perasaan yang terlalu risau, Ayie memaksa Amy pulang ke rumah. Tapi itu semua sia-sia. Amy tidak mahu mendengar kata Ayie. Amy juga memberitahu bahawa dia bosan berada di rumah. Ayie tidak sengaja memarahi Amy dan terus memaksa Amy pulang ke rumah.

kata
Ayie "kalau hendak keluar tunggulah sihat dahulu".. Amy membalas "awak keluar boleh saya nak keluar tak boleh".. Ayie tetap memaksa Amy untuk Pulang ke rumah dengan berkata "Awak dah tak sayang sy ker? ".. Ayie mengeluh.
Akhir sekali
Amy membalas mesej Ayie dengan berkata " Kita break. MUKTAMAD. Awak keluar boleh, saya nak keluar tak boleh. Go die "
Ayie kelu seribu bahasa. Pada malam itu seharian Ayie tidak lelapkan mata kerana memikirkan Amy. 'I WILL WAITING YOU' perkataan yang selalu difikirkan Ayie.
Adakah semua ini hanya mimpi?? 
Semua ini salah Ayie kan... Salah Ayie..



KALAU BINTANG DI LANGIT ITU CINTA AWAK KEPADA SAYA,
TITISAN HUJAN ITU ADALAH KASIH SAYANG SAYA KEPADA AWAK.

Tuesday, 7 August 2012

Prolog : Cinta Ayie Buat Amy #3

Ayie berdiri jauh, memerhatikan Amy dalam diam. Dan Ayie sendiri tak mengerti kenapa dia harus berperasaan begitu. Adakah Ayie cemburu melihat kemesraan mereka? Amy, teman sepersekolahan Ayie, yang sedari dulu jarang sekali mereka berbual bicara apatah lagi bersama bergelak ketawa. Ayie akui, Ayie bukanlah teman rapat bagi Amy. Namun, Dia mula menyenangi kehadiran Amy tatkala mereka bersama. Dan seolah-olah ada satu perasaan gembira di hati Ayie apabila dia memandang wajah Amy. Namun mengapa kini dia seolah-olah kurang menyenangi kemesraan Amy bersama temannya? Tapi Ayie hanya berdiam diri. Itu yang dia mampu lakukan. Dan Ayie kadang-kala akan menoleh melihat ke arah mereka itu sambil berbual-bual dengan sahabat-sahabatnya yang lain. " kenapa dengan aku ini? Kenapa aku rasa macam ni. Dimana sikap kesabaran aku?" Namun kata-kata itu sekadar untuk menyedapkan hatinya yang semakin tak menentu. Ayie cuma memikirkan Amy.
Dalam dirinya merasakan h
ati dia yang diam senyap sunyi ini dirodok pisau tajam.
Dia cuma sayangkan Amy. "Mereka hanya berkawan, dan tidak lebih dari itu" ..






Dalam kesayuan itu ada kepayahan namun cuba diluahkan,
Titis air mata yang tumpah tak lagi mampu untuk berhenti.

Wednesday, 1 August 2012

Pertemuan Saya Dengan Awak.




MIEYMOY adalah seorang Wanita yg menjadi buta karena sebuah kemalangan..Sejak ia menjadi buta.. ia merasa terasing dari semua orang..Ia merasa tidak ada seorang pun yg masih menyayanginya..
Hingga kemudian hadirlah APEK dalam hidupnya..
APEK sangat sayang pada  MIEYMOY ..Ia tidak pernah mempermasalahkan kebutaan MIEYMOY sebagai satu kekurangan yg bererti..APEK sangat mencintai  MIEYMOY  dengan tulus...
Suatu hari berkatalah AMOI kepadaAPEK..

MIEYMOY : APEK... Mengapa kamu begitu menyayangiku..?


APEK: Hmmm..Entahlah.. Aku tidak pernah tahu alasan mengapa aku begitu menyayangimu.. Yang aku tahu, aku benar-benar tulus menyayangimu.


MIEYMOY : (Tersenyum)
Tapi.. Aku kan buta.. Apa yg boleh aku buat untukmu..? Apa yg boleh aku berikan buatmu..?


APEK :  MIEYMOY .. Aku tidak mengharap apapun darimu.. Buatku,kamu boleh ceria setiap hari dan menyayangiku dengan tulus itu sudah cukup.. Aku gembira ketika melihat kau tersenyum..

MIEYMOY : (Terharu).. Belum pernah ada orang yg begitu menyayangi aku yg buta seperti ini..

APEK : (Menggenggam tangan  MIEYMOY  sambil tersenyum)

MIEYMOY : APEK..Kalau sampai satu saat nanti aku boleh melihat lagi, aku pasti akan berkahwin denganmu. Karena hanya kamu satu-satunya orang yg dengan tulus menyayangiku. ..

APEK : Benarkah..?

MIEYMOY : Iya.. Aku janji.. Kalau suatu saat nanti aku boleh melihat kembali, PASTI aku akan menikahimu..


APEK : (Terharu) Terima kasih  MIEYMOY ..Aku sangat menyayangimu...

MIEYMOY : (Tersenyum) Ya.. Aku tahu itu.. Aku juga sangat menyayangimu APEK..

Singkat cerita..MIEYMOY melakukan pembedahan mata dan  berjaya.. Dia mampu melihat lagi. Dan dia pun tidak sabar untuk berjumpa  APEK..


Pergilah ia mencari APEK. Sampai ia berjaya menemukannya. ..
Namun...
Alangkah terkejutnya ia mengetahui bahawa ternyata APEK adalah seorang jejaka buta..
MIEYMOY tidak boleh menerimanya..dan dia pun menolak cinta APEK. Dia lupa akan semua janjinya..

APEK :  MIEYMOY ..Bukankah kamu sudah berjanji akan menikah denganku..?

MIEYMOY : Ummm....(Bimbang) Ya memang aku pernah berkata begitu.. Tapi tidak dengan keadaanmu yang seperti ini..

APEK : Bagaimana mungkin kamu mengingkari janjimu sendiri ?
Bukankah kau kata hanya aku satu-satunya orang yang menyayangimu. .?

MIEYMOY : Eeeerr... Maaf APEK.. Tapi aku tidak boleh menikah dengan jejaka buta.. Maaf..

MIEYMOY pun pergi meninggalkan APEK..
APEK yang kecewa dan merasa dikhianati, memilih untuk bunuh diri..


Saat APEK ditemukan meninggal, ada sepucuk surat disakunya..

"Dear  MIEYMOY ...
Memang tidak banyak yg boleh aku
berikan untukmu
tidak banyak yg boleh aku
lakukan
untukmu...
Namun..aku sungguh-sungguh tulus
menyayangimu..


..Semoga kedua mataku itu boleh berguna
bagimu..bisa membawakan terang dan
keceriaan
dalam hidupmu kembali.."


# Kalau cinta itu satu Jenayah, penjara akan penuh diisi pencuri hati.

Monday, 14 May 2012

Untuk Yang Pernah Hadir Dalam Hidup Gua..


Untuk nombor 1, terima kasih kerana mengajar aku apa itu hubungan.
Untuk nombor 2, terima kasih kerana mengajarku apa itu cinta monyet.
Untuk nombor 3, terima kasih kerana mengajarku apa itu pedihnya kematian.
Untuk nombor 4, terima kasih kerana mengajarku tentang perbezaan.
Untuk nombor 5,terima kasih kerana memberi aku peluang merasakan cinta berlainan bangsa.
Untuk nombor 6, t8erima kasih kerana mengajarku tentang kemewahan.
Untuk nombor 7, terima kasih kerana mengajarku apa erti penantian.
Untuk nombor 8 , terima kasih kerana mengajarku tentang cinta dalam kejauhan.
Untuk nombor 9, terima kasih kerana mengajarku erti keseronokan.
Untuk nombor 10, terima kasih kerana mengajarku sakitnya pembohongan.
Untuk nombor 11, terima kasih kerana mengajarku tentang kebahagiaan.
Untuk nombor 12, terima kasih kerana mengajarku tentang sebuah kehidupan.
Untuk nombor 13, terima kasih kerana mengajarku makna kesetiaan.
Untuk nombor 14, terima kasih kerana mengajarku sakitnya di caci dihina.
Untuk nombor 15, terima kasih kerana mengajarku erti pengorbanan.
Dan untuk nombor 16, terima kasih kerana mengajarku rasa ditipu.


# Terima kasih banyak-banyak kerana diberi peluang merasai semua ini...=)
√ Verified Official Sky Lover © THIS DAYS Official Blogger