Pengikut Setia~

Thursday, 24 May 2012

Buat Si Dia...

Awak, ingat lagi tentang saya? Ya, saya yang awak cari waktu hati awak pecah dan awak minta saya cantumkan kembali, ingat?
Apa khabar awak? Bagaimana hati awak yang saya cantumkan dulu, adakah masih utuh seperti mula-mula dulu? Ataupun dah mulai retak?
Tak, saya tak pernah pinta hati merah awak tu retak balik. Sebab saat hati awak itu retak, empangan airmata awak mulai pecah. Saya tak suka...





Saya pernah mimpikan senyuman awak, dan terus berharap agar awak bahagia.
Kalau senyuman awak buat saya, sila halakan ke saya senyuman awak.
Dan kalau bukan, saya akan anggap ini semua mimpi saya. ='(




#Semalam semasa berjalan dalam hujan, saya teringatkan awak..

Monday, 14 May 2012

Untuk Yang Pernah Hadir Dalam Hidup Gua..


Untuk nombor 1, terima kasih kerana mengajar aku apa itu hubungan.
Untuk nombor 2, terima kasih kerana mengajarku apa itu cinta monyet.
Untuk nombor 3, terima kasih kerana mengajarku apa itu pedihnya kematian.
Untuk nombor 4, terima kasih kerana mengajarku tentang perbezaan.
Untuk nombor 5,terima kasih kerana memberi aku peluang merasakan cinta berlainan bangsa.
Untuk nombor 6, t8erima kasih kerana mengajarku tentang kemewahan.
Untuk nombor 7, terima kasih kerana mengajarku apa erti penantian.
Untuk nombor 8 , terima kasih kerana mengajarku tentang cinta dalam kejauhan.
Untuk nombor 9, terima kasih kerana mengajarku erti keseronokan.
Untuk nombor 10, terima kasih kerana mengajarku sakitnya pembohongan.
Untuk nombor 11, terima kasih kerana mengajarku tentang kebahagiaan.
Untuk nombor 12, terima kasih kerana mengajarku tentang sebuah kehidupan.
Untuk nombor 13, terima kasih kerana mengajarku makna kesetiaan.
Untuk nombor 14, terima kasih kerana mengajarku sakitnya di caci dihina.
Untuk nombor 15, terima kasih kerana mengajarku erti pengorbanan.
Dan untuk nombor 16, terima kasih kerana mengajarku rasa ditipu.


# Terima kasih banyak-banyak kerana diberi peluang merasai semua ini...=)
√ Verified Official Sky Lover © THIS DAYS Official Blogger