Pengikut Setia~

Tuesday 20 December 2011

Sahabat...

Sahabat adalah keperluan jiwa, yang mesti dipenuhi.
Dialah ladang hati, yang kau taburi dengan kasih dan kau tuai dengan penuh rasa terima kasih.
Dan dia pulalah naungan dan pendianganmu.
Kerana kau menghampirinya saat hati lupa dan mencarinya saat jiwa mahu kedamaian.
Bila dia berbicara, mengungkapkan fikirannya, kau tiada takut membisikkan kata "Tidak" di kalbumu sendiri, pun tiada kau menyembunyikan kata "Ya".
Dan bilamana dia diam, hatimu berhenti dari mendengar hatinya; kerana tanpa ungkapan kata, dalam persahabatan, segala fikiran, hasrat, dan keinginan dilahirkan bersama dan dikongsi, dengan kegembiraan tiada terkirakan.
Dikala berpisah dengan sahabat, tiadalah kau berdukacita;
Kerana yang paling kau kasihi dalam dirinya, mungkin kau nampak lebih jelas dalam ketiadaannya, bagai sebuah gunung bagi seorang pendaki, nampak lebih agung daripada tanah ngarai dataran.
Dan tiada maksud lain dari persahabatan kecuali saling memperkaya roh kejiwaan.
Kerana cinta yang mencari sesuatu di luar jangkauan misterinya, bukanlah cinta, tetapi sebuah jala yang ditebarkan: hanya menangkap yang tiada diharapkan.
Dan persembahkanlah yang terindah bagi sahabatmu.
Jika dia harus tahu musim surutmu, biarlah dia mengenali pula musim pasangmu.
Gerangan apa sahabat itu jika kau sentiasa mencarinya, untuk sekadar bersama dalam membunuh waktu?
Carilah ia untuk bersama menghidupkan sang waktu!
Kerana dialah yang bisa mengisi kekuranganmu, bukan mengisi kekosonganmu.
Dan dalam manisnya persahabatan, biarkanlah ada tawa ria dan berkongsi kegembiraan..
Kerana dalam titisan kecil embun pagi, hati manusia menemui fajar dan ghairah segar kehidupan.

Monday 19 December 2011

HARI INI~

NO ENTRY TODAY...
NO IDEA TODAY...

N THANK U FOR WATCHING THIS.. ;)

Friday 16 December 2011

LOVE LOVE LOVE! if u love someone~


 Richard Bach, a US writer that say:


"If you love someone, set them free. If they come back they're yours; if they don't they never were."


Well Richard, if I love her why should I let her go, are you dumb for doing that. If I love her I won't let her go in the first place, because she'll left without coming back, just like the others.


So here's i say:


"If you love someone, try to understand each other. Be who you are and most important, never let them go."

Thursday 15 December 2011

Disaat Waktu Berdetik...

Tiada kata yang dapat aku ucapkan saat ini,
Tiada perasaan yang dapat aku gambarkan rasa hati ini,
Aku sentiasa ada di sini meski pun kau takkan melihat diri ini,
Kerana aku yang sentiasa memerhatikanmu dari kejauhan ini.

Memandang aku ke atas langit yang tinggi sambil merasakan kaki masih di atas bumi,
Perlu aku lakukan itu untuk pastikan diri ini masih berpijak di kenyataan,
Kerana kita manusia mudah lupa tempat duduk berdiri kita,
Namun harapku agar aku masih dilindungi dari kejahilan itu, kesombongan itu dan
Kejauhan dari jalanan yang benar ini.

Aku pandang ke kanan dan aku melihat ke kiri,
Melihat siapa teman siapa sahabat di saf perjalanan kehidupan ini,
Kerana aku bukan manusia sempurna yang berjalan tegak megah di bumi-Mu ini,
Tiada manusia yang sempurna dan aku perlukan keluarga, teman dan kekasih untuk 
Menjalani jalinan takdir ini.

Di atas kertas putih itu aku tumpahkan tinta kalam hati ini agar terisi, agar penuh
Lampiran demi lampiran aku susunkan menjadi sebuah susunan kemas, cerita
tentang diri, tentang hati dan benci, tentang titisan-titisan dosa penyesalan.
Empat ratus lima puluh dua lampiran masih tidak cukup untuk aku tuliskan semua.
Dan demikian masih ada yang aku alpa, kita semua lupa tidak sedar.

Ini coretan tentang perasaan, hati yang masih tak keruan,
Diri yang meronta-ronta, kadang-kala menangis dalam diam,
Hati yang meratapi segala kesilapan namun tewas pada nafsu yang syaitan,
Di saat waktu berdetik...

Jika ia Sebuah Cinta...


Jika ia sebuah cinta… ia tidak mendengar… namun sentiasa bergetar.


Jika ia sebuah cinta… ia tidak buta namun sentiasa melihat dan merasa.


Jika ia sebuah cinta… ia tidak menyeksa namun sentiasa menguji.


Jika ia sebuah cinta… ia tidak memaksa namun sentiasa berusaha.


Jika ia sebuah cinta… ia tidak cantik namun sentiasa menarik.


Jika ia sebuah cinta… ia tidak datang dengan kata-kata namun sentiasa menghampiri dengan hati.


Jika ia sebuah cinta… ia tidak terucap dengan kata namun sentiasa hadir dengan sinar mata.


Jika ia sebuah cinta… ia tidak hanya berjanji.. namun sentiasa cuba memenangi.


Jika ia sebuah cinta… ia mungkin tidak suci.. namun sentiasa harmoni.


Jika ia sebuah cinta… ia tidak hadir kerana permintaan namun hadir kerana ketentuan.


Jika ia sebuah cinta… ia tidak hadir dengan kekayaan dan kebendaan… namun hadir kerana pengorbanan dan kesetiaan.


"......tak ada manusia yg terlahir sempurna, jangan kau sesali segala yg telah terjadi, kita pasti pernah dapat akan cubaan yg berat, seakan hidup ini, tak ada ertinya lagi, syukuri apa yg ada, hidup adalah anugrah, tetap jalani hidup ini, melakukan yg terbaik, Tuhan pasti kan menunjukkan kebesaran dan kuasa-Nya, bagi hamba-Nya yang sabar dan tak kenal putus asa.....JANGAN MENYERAH........."

Monday 5 December 2011

3.55 Petang...


Terkadang terfikir aku sendirian
Memikirkan kehancuran bunga-bunga yang tidak segan silu
Menghancurkan diri sebagai tanda pengorbanan terhadap sebuah ikatan percintaan
Percintaan yang penuh liku-liku yang bisa membuatkanya terbabas
Terbabas dari realiti sebenar kehidupan.
Aku hanya terdiam
Memerhatikan kerosakan mereka yang tidak mengerti apakah yang dinamakan percintaan
Ya! memang percintaan memerlukan 1001 pengorbanan
Walaupun pengorbanan itu bisa membawa mereka kepada kehancuran
Kehancuran yang tak mungkin mampu mengembalikan kebahagiaan
Aku terus menangis
Menangis kerana terlalu sedih melihat bunga-bunga yang gugur itu
Bagaikan tibanya musim luruh
Selepas semua madunya habis dihisap
dihisap oleh sang kumbang durjana
Kumbang yang tidak pernah puas dengan sekuntum bunga
Yang membuatkan bunga-bunga di taman itu terus gugur
Namun
Usahlah di kau bersedih
Kadangkala musim silih berganti
Sehinggakan dikau tidak mampu berkembang mekar
Tapi itu hanya ujian buatmu
Ratuku
Esok musim bunga pasti akan tiba
Dan kau pasti mampu berkembang mekar
Cuma yang ku harapkan ketika itu
Jagalah kelopak mu itu
Jangan biar madumu dihisap lagi
Jangan biarkan tangan-tangan ganas memetikmu lagi
Teruslah berkembang
Menghiasi taman-taman syurga
Dan terus mewangi melewati pintu-pintu syurga.
Kerana engkau ratu idaman kalbu...

Wanita Dan Buah Epal...


Indah sungguh cuaca pagi itu.Angin bertiup tenang.Sinaran mentari lembut menerangi alam.Tapi sayang, itu semua tidak dapat memadam kegundahan hati sebiji epal yang berada nun di pucuk.Sejak seminggu lalu epal itu asyik berfikir, kenapa aku tidak dipetik orang? Kulitku licin mulus. Warnaku merah bersinar. Sesiapa yang melihat pasti terbakar seleranya. Pasti mereka terbayang betapa manisnya rasaku.Tapi kenapa aku tidak dipetik orang?


Epal tersebut memandang ke bawah.Hairan, kenapa manusia memilih kawan-kawannya yang berada di bawah sana.Bukankah mereka tidak mendapat angin paling bersih dan cahaya paling murni seperti aku yang berada di puncak paling murni ini? Bukankah rakan-rakanku itu ada yang sudah buruk dirosakkan seranggga?


Epal tersebut bingung memikirkan kenapa rakan-rakannya yang telah pun disentuh dan dibelek-belek menjadi pilihan, bukan dirinya yang belum tercemar dan dicuit orang.Apa kurang dirinya ini? Perasaan rendah diri mula bertandang. Makin lama makin menebal, diselangi rasa kecewa dan bimbang Murungnya tidak terganggu lagi. Lalu, pada pagi yang damai dan indah itu, epal tersebut menggugurkan dirinya ke tanah.Apabila sudah berada dibawah,hatinya gembira bukan kepalang. Sedetik lagi aku akan dipilih manusia.Warna merahku yang berkilau dan kulitku yang licin mulus ini pasti mencairkan liur mereka.


Epal menanti manusia bertuah itu.Malangnya sampai ke malam, tiada seorang pun datang mengambilnya.Buahan-buahan yang tergantung mudah dicapai tangan juga menjadi pilihan orang.Yang sudah dibelek-belek, dicuit-cuit dan disentuh-sentuh juga menjadi buruan.Rasa gembira bertukar menjadi risau.Daripada risau menjadi sedih.


Siang berganti malam, hari berganti minggu.Kasihan..akhirnya epal tersebut busuk ditanah menjadi habuan ulat dan serangga perosak….


P/S:Wanita itu ibarat epal. Buah yang tidak berkualiti amat mudah dipetik.Ia beguguran di tanah.Tapi epal yang tidak mampu dibeli, berada dipuncak.Susah dipetik susah digapai.So,jadiah epal yang berada di puncak...

Saturday 3 December 2011

Langit Dan Laut...


Dahulukala, langit dan laut saling jatuh cinta. Mereka saling menyukai di antara satu sama lain. Oleh sebab sangat sukanya laut terhadap langit, warna laut sama dengan warna langit. Oleh sebab sangat sukanya langit terhadap laut, warna langit sama denga warna laut.


Setiap senja datang, si laut dengan lembut sekali membisikkan kata-kata ‘Aku Cinta Padamu’ ke telinga langit. Setiap kali langit mendengar bisikan penuh cinta laut terhadapnya, langit tidak menjawab apa-apa , hanya tersipu-sipu malu dengan wajah kemerah-merahan.


Suatu hari, datanglah awan. Melihat kecantikan si langit, awan terus jatuh hati terhadap langit, bak cinta pandang pertama. Tetapi tentu sahaja langit hanya setia mencintai laut. Setiap hari, langit hanya mahu melihat laut sahaja. Awan berasa sedih tetapi ia tidak berputus asa mencari cara dan akhirnya mendapat satu akal. Awan mengembangkan dirinya seluas dan sebesar mungkin serta menyusup ke tengah-tengah di antara langit dan laut. Ia berusaha menghalangi pandangan langit dan laut terhadap satu sama lain.


Laut berasa marah kerana tidak dapat melihat langit. Laut mengeluarkan gelombangnya bagi mengusir awan yang mengganggu pandangannya. Tetapi tentu sekali usahanya tidak berhasil. Lalu datanglah angin yang sejak dulu mengetahui hubungan cinta langit dan laut. Angin berasakan perlu membantu langit dan laut menyingkirkan awan yang mengganggu perhubungan mereka yang sekian lama terjalin.


Dengan tiupan keras dan kuat, angin meniup awan. Lantas terpecah-pecahlah awan menjadi berselerak ke banyak bahagian, sehingga ia tidak berupaya lagi melihat langit dengan jelas dan tidak mampu lagi untuk mengungkapkan perasaannya terhadap langit. Kerana rasa terseksa menanggung perasaan cinta yang menggunung tinggi terhadap langit, awan menangis sedih.


Hingga sekarang, kasih antara langit dan laut tidak dapat dipisahkan. Kita juga dapat melihat di mana mereka menjalin kasih. Setiap kali memandang ke hujung laut, di mana ada garisan horizon yang menemukan langit dan laut, di situlah mereka sedang berpacaran.

Friday 2 December 2011

Sahabat Kecil...


Suatu petang yang indah aku berjalan-jalan tetiba ternampak seekor sahabat kecil..
Sahabat kecil yang mengindahkan dunia..Pencipta menghadiahkan ia kepada kita supaya kita tahu dunia ini indah..




"sahabat kecil..
biarkan mata memandang,
tanpa sepatah kata ungkapan,
andai disentuh ia terbang,
andai dikejar ia melayang"...

Gambar RM50 Baru Yang Bakal Dikeluarkan..




Fakta mengenai RINGGIT MALAYSIA.
Ringgit atau turut dikenali sebagai Ringgit Malaysia ialah unit mata wang Malaysia dengan kod mata wang MYR. Ringgit boleh dibahagi kepada 100 sen dan mempunyai wang kertas bernilai RM100, RM50, RM10, RM5 dan RM1 serta syiling 50 sen, 20 sen, 10 sen dan 5 sen. Nama “Ringgit” berasal daripada sisi bergigi wang perak Sepanyol yang digunakan secara meluas pada zaman dahulu. Dollar Brunei juga dikenali sebagai ringgit bagi masyarakat tempatan.
Mulai bulan Ogos 1975, nama “Ringgit” diterima secara rasmi sebagai nama khas mata wang Malaysia. Sebelumnya, wang dikenali sebagai dollar dalam Bahasa Inggeris dan ringgit dalam Bahasa Melayu. Namun penggunaan simbol $ terus digunakan sehingga ditukar kepada RM pada 1990an.


Antara ciri-ciri keselamatan wang kertas malaysia
Pengenalan jalur holografi ini merupakan usaha berterusan Bank Negara Malaysia untuk mempertingkat ciri-ciri keselamatan wang kertas Malaysia. Jalur holografi ini membuatkan wang kertas lebih sukar dipalsukan tetapi mudah dikenal pasti oleh orang ramai.

Thursday 1 December 2011

Langit Biru Yang Luas...


Kita seringkali memandang langit, melihatnya namun pernahkah kita terfikir sesuatu tentang langit? Kita melihat langit, awan gelap dan kita berkata, "nak hujan la..". Kita melihat langit, matahari terik dan kita berkata, "panas la hari ni..". Namun kita jarang berfikir tatkala melihat langit waktu itu.. Awan gelap menandakan hujan akan turun atau mungkin mendung, namun keindahan pemandangan tatkala itu jarang kita fikirkan. Hujan itu penuh dengan nikmat, membasahi bumi dan menyuburkan segala pertanian. Aku pernah terbaca..




"Allah menjadikan sesuatu kejadian itu berpasang-pasangan, siang dengan malam, matahari dengan bulan dan hujan itu pasangannya adalah tanah. Tanah yang dipenuhi dengan hasil bumi disirami dengan hujan, kemudian akan lahirlah pokok-pokok yang menghijau, tanaman yang dijadikan makanan, bunga-bunga yang menjadi hiasan."


Hujan itu banyak kelebihannya, namun kadang kala manusia yang memudaratkannya. Mengapa berlaku banjir kilat? Salah hujankah? Banjir kilat diakibatkan oleh tangan-tangan manusia yang rakus mengejar era pembangunan sehingga mereka lupa dan alpa tentang alam sekitar. Salah hujankah? Atau langit yang perlu dipersalahkan? Seseorang pernah berkata padaku:


"Jangan asyik menyalahkan sesuatu perkara yang terjadi, setiap kejadian itu ada hikmahnya. Andai kata kita menyalahkan sesuatu kejadian itu, itu bermakna kita menyalahkan Allah atas qada dan qadarNya.. Adakah kita sebagai seorang hamba layak menyalahkan Pencipta kita?"


Aku adakalanya terlupa dengan perkara ini. Namun mujurlah ada dia yang seringkali mengingatkan. Aku punya keluarga yang sentiasa ada bersamaku di saat susah senangku. Aku ada dia yang tak putus-putus memberi sokongan juga nasihat. Juga teman-teman yang menyokong dari belakang menjadikan aku kuat untuk bangun berdiri semula andai jatuh.


Jika matahari terik kita merungut bahawa hari itu panas, namun pernahkah kita sesekali memandang ke atas langit dan melihat langit saat itu? Langit yang biru ditemani awan-awan yang berarak perlahan disulami dengan tiupan angin yang lembut. Betapa indahnya saat itu. Dan ada ketikanya matahari akan hilang, bersembunyi di balik awan. Dari celahan awan itu dapat kita lihat sinaran cahaya matahari itu, itulah keindahan ciptaan Tuhan. Subhanallah.. Pernahkah kita berfikir? Jika langit cerah matahari terik kita meminta-minta supaya mendung atau hujan, jika langit gelap dan hujan turun kita meminta-minta supaya langit cerah.. Pernahkah kita berfikir? Apa yang kita mahukan? Kita selalu meminta, tapi pernahkah kita memberi? Manusia seringkali terlupa, kerapkali alpa dan acapkali cuba mencari kekurangan tetapi tak pernah cuba memberi kelebihan.


Dan aku, berdiri di atas bumi ini, sebagai seorang pelakon di pentas dunia melihat ke atas langit itu. Dan hati ini berkata: "Langit tu sebenarnya luas."

-BLUE SKY LOVER-

Jam 3.10 pagi



Secawan teh panas,
Sebuah speaker yang mainkan muzik,
Sebuah komputer yang masih waras,
Seorang manusia sedang mengeluh.
Dalam sebuah  bilik gelap.




Mengira waktu, detik berlalu,
Mata melilau, hati menanti,
Seperti suatu masa dulu,
Yang kini berulang kembali.




Aku bukan tukang opera,
Bukan juga pereka cerita,
Aku adalah insan biasa,
Menulis segala yang dirasa,
Sakit, pedih semua.




Laporan dunia aku biarkan,
Itu semua adalah sialan,
Persetankan!
Kala punya masa aku abaikan,
Bila punya waktu tiada perasaan.
Itu aku.




Sebuah kipas usang berputar,
Berbunyi dia dalam senyap,
Sejuk, hampir aku terketar,
Diam, aku harap ini lenyap,
Semua pergi, usah gusar,
Biarkan aku sendiri, biarkan sesaat.




Metafora tak mampu aku ucap,
Aku pesimis bukan pengemis,
Berkata-kata aku takut silap,
Ada nanti mula bercakap,
Diam, aku diamkan.
Pendam, aku pendamkan.




Yang tinggal hanya masa,
Yang tinggal hanya rasa,
Yang menanti itu aku,
Yang sakit itu aku.




Dia, mereka takkan tahu,
Aku diam, usah beritahu.

Kelahiran & Kematian

Hello guys...hari ini jam 6.21 bersamaan 1 Disember aq nak merasmikan blog baru aq...
dah hari ini jugak aq nk bagitahu yang blog aq RED ROSSE dah layu n terkubur...
√ Verified Official Sky Lover © THIS DAYS Official Blogger