Pengikut Setia~

Monday 25 March 2013

Bicara Hati #2


 
Saat manusia tersungkur jatuh, saat itu lah manusia harus berusaha bangkit, jangan pernah berdiam diri menatap luka, usap lah luka itu lalu bergegas tuk berlari lagi.


Sam ingat lagi kau pernah bertanyakan kepada sahabat. Kau tanyakan " Kalau seseorang itu putus asa apa perlu kita buat". Kau ingat lagi apa kawan kau jawab? Kawan kau jawab "Allah membenci orang yang putus asa". Kau nak Allah benci kau?

Tenanglah. Dulu kau nasihatkan orang seperti kau hebat. Tapi bila ia terjadi pada diri kau, kau dah hampir putus asa. Kau 
ini hanya seorang lelaki, yang kerapkali dia akan cari sebelum dia kuat untuk kembali melangkah pergi. Sam "Be strong" and "Stay strong". Tenang Sam. Tenang diri. Tenang hati. Perasaan ini serupa celaka kan?



#Np : Kalimah Cinta - In Team

Sunday 24 March 2013

Bicara Hati



"Pabila saatnya angin itu terlalu deras menerjah benang yang kita cipta tadi, tanpa sedar ianya putus dan kita melayang jauh. "

Aku pandang bulan dari bumi, aku cuba capai namun tak sampai. Macam hati kau, cuba aku sentuh tapi jauh. Dulu ia dekat. Sangat dekat dengan aku. Tapi, sekarang makin jauh. Sam kau okay dan kau selalu okay. Kau akan okay sampai mati. 

Sam kau mungkin tak mampu nak memiliki hati dia yang dulu, kau hanya dapat mendengar suara dia sama seperti dulu. Itu kan dah mampu buat kau tenang. Sam, kau rindu dia kan? Setiap hari kau menunggu dia. Setiap hari kau doakan dia. Dalam sehari kau cuma tidur 2 jam sehari. Dalam seminggu ada 7 hari, dan kau cuma tidur 14 jam. Hari-hari kawan kau pegang dada kau dengan jari telunjuk dan mengatakan bahawa dia ada disini.

Setiap kali mata terbuka, yang pertama singgah di fikiran kau hanyalah bayangan wajah dia. Kau rindu dia kan? Benda pertama bila kau rasa rindu. kau kena bersyukur kepada-Nya sebab memberikan kau rasa rindu. Sam, diam. Usah bersuara. Pegun. Usah bergerak. Menunggu.




#Np : When I Was Your Man - Bruno Mars
√ Verified Official Sky Lover © THIS DAYS Official Blogger