"Pabila saatnya angin itu terlalu deras menerjah benang yang kita cipta tadi, tanpa sedar ianya putus dan kita melayang jauh. "
Aku pandang bulan dari bumi, aku cuba capai namun tak sampai. Macam hati kau, cuba aku sentuh tapi jauh. Dulu ia dekat. Sangat dekat dengan aku. Tapi, sekarang makin jauh. Sam kau okay dan kau selalu okay. Kau akan okay sampai mati.
Sam kau mungkin tak mampu nak memiliki hati dia yang dulu, kau hanya dapat mendengar suara dia sama seperti dulu. Itu kan dah mampu buat kau tenang. Sam, kau rindu dia kan? Setiap hari kau menunggu dia. Setiap hari kau doakan dia. Dalam sehari kau cuma tidur 2 jam sehari. Dalam seminggu ada 7 hari, dan kau cuma tidur 14 jam. Hari-hari kawan kau pegang dada kau dengan jari telunjuk dan mengatakan bahawa dia ada disini.
Setiap kali mata terbuka, yang pertama singgah di fikiran kau hanyalah bayangan wajah dia. Kau rindu dia kan? Benda pertama bila kau rasa rindu. kau kena bersyukur kepada-Nya sebab memberikan kau rasa rindu. Sam, diam. Usah bersuara. Pegun. Usah bergerak. Menunggu.
#Np : When I Was Your Man - Bruno Mars
No comments:
Post a Comment