Pengikut Setia~

Monday 27 February 2012

Cerita Student Jaya...


Manis mulut pandai berkata,                       Empat JAYA kelas ketiga,
Apa khabar pembuka bicara,                      Semua pelajar popular belaka,
Empat JAYA empunya cerita,                      Ini cerita suka-suka saja,
hanya untuk tatapan semua...                     Jangan marah jika salah cerita...

Jawatan monitor diberi padanya,                Asistant pula diberi padanya,
Suka atau tak terpaksa terima,                   Ber-beg ungu manis senyumnya,
Suka bersembang itu kerjanya,                   Tolong orang memang kerjanya,
Itulah RAHIMIN hero 4JAYA...                    Sapa tak kenal si dia IZZATI...

MIRUL BEDUN org baik hati,                    MOHD FIKRIE tampan orangnya,
Orgnya hensem tampan sekali,                   Bila belajar dialah juara,
Selalu buat org geli hati,                             Mengutuk orang amatlah suka,
Dalam 4JAYA dialah hero sejati...              Samppai cikgu pun jadi mangsa...

Orangnya gagah hensem sekali,                 Berbadan kurus tidaklah tinggi,
Diberi gelaran RAJA IZZ ZACK,                Walaupun kecik tapi 'ranggi',
Kerja melukis memang hobinya,                Bila gelak dia x leh berhenti,
Pasal homework "alamak lupa"...            Itulah dia abanh HARIZ kami...

Buat kecoh tak kira masa,                          Nama sama bukannya kembar,
Bab sembang dialah juara,                         Seorang gempal seorang kurus,
Teman karib tidak ditinggalnya,                Seorang bercermin mata seorang tidak,
Itulah dia FITRI dan FIRDAUS...              Dialah DANIEL HARITH dan DANIEL HADI...

Dari AIZAD pergy ke GANU,                    Abang ZULKIF bergaya orangnya,
Dari AZRAIE pergy ke EI,                         Loghat KL memang dia reti,
Jejaka tampan yang stylo selalu,               Selalu rileks setiap masa,
Walaupun tampan bukan playboy...          Bila exam mula tak reti...

NATASYA dan AMIEZA manis sekali,         WAHIDA dan AFIQAH dah macam kembar,
Tidak lupa Cik FEERA dan ADILA,           AMALINA dan SHAZLEANA pasangan kedua,
Tak suka marah selalu hepy,                      Pergi keman berkepit sahaja,
Heroin popular dalam 4 JAYA...                 Diorang tak kesah janjy hepy...

Dia hepy tak kira masa,                              Cik MIMIEY segak orangnya,
Heroin 4JAYA yang paling comel,               Member rapat dengan ROHSANA,
Bab sembang memang hobinya,                  Sifat malu ada kat mereka,
Dialah PIKAH sememangnya comel...         Bila senyum menawan jejaka...

ELYA SYAFIKAH pendiam orangnya,         Misi kami untuk berjaya,
MASTURINA pula cun orangnya,                Kerana kami harapan negara,
Cik AISAH minatlah korea,                          Belajar bersungguh akan kami cuba,
Student 4JAYA banyak ragamnya...              Maju kami anak negara...

Mengutuk sudah mengata pun sudah,
Tak larat aku nak karang lagi,
Cukuplah sudah sampai disini,
Harap tak simpan didalam hati...
by:Aliff Zerull
#Kami Student bukan Stupid..=)

Saturday 25 February 2012

Warkah Buat Gadis Itu


Jangan kau cintakan
aku hanya seorang teman,
Layani aku persis seorang rakan,
Anggaplah aku pemberi senyuman,
Aku hanya taulan...
Aku normal seorang insan...

Jangan jua aku selalu kau dambakan..

Biarkan aku berlalu..
Izinkan aku menjadi aku..
Kembalikan aku yang dulu..
Aku yang tak perlu memikirkan hati ini...
Hati itu...


Jangan aku kau anggap kekasih..
Aku tak mampu membahagi kasih...
Aku jua bukan untuk kau anggap kekasih...
Aku tak mahu kau bersedih,
Walau ku tahu,kau tetap kan merasakan pedih..


Cintailah diri..
Hargailah yang menghargai...
Hormati kehendak hati...
Berhenti menghukum perasaan sendiri...
Berhenti menyakiti jiwa sendiri...
Berhentilah bermain dengan perasaan benci...


Ramai yang menyayangi...
Izinkan hati kau dimiliki...
Berpijaklah di dada bumi...
Kembalilah dari ilusi...
Kuatkanlah iman di hati...
Pasti wujud penawar selepas duri...



Tapi bukan aku,

itu yang pasti......

Sunday 19 February 2012

10 Perkara yang akan berlaku jika anda 'DATE' dgn Photographer...


1. Mereka lebih gemar memegang kamere besar mereka dari tangan anda..
2. Jika anda berjalan dengan mereka,anda akan duduk,berdiri (posing) di khalayak ramay supaya
    mudah mereka mengambil gambar...

3. Jika anda beritahu mereka anda nampak gemuk di dalam gambar yang mereka snap,mereka akan
    menjawab "ia boleh disetelkan dengan
PHOTOSHOP...
4. Mereka menghabiskan masa mereka di komputer (bukan untuk lucah)...
5. Mereka lebih gemar membawa kamera dari membawa barang yang dikehendaki anda...
6. Mereka sentiasa mahu menunjukkan gambar baru yang mereka ambil, tetapi tidak benar-benar peduli jika
    anda suka atau tidak..

7. Mereka membenci gambar profil baru kawan n00bie anda di FACEBOOK...
8. Hadiah hari jadi anda akan menjadi potret yang telah diambil mereka...
9. Di setiap perjalanan bersama mereka,mereka akan sentiasa berhenti seketika untuk mengambil gambar...
10. Anda akan menjadi orang ketiga selepas GF mereka... (KAMERA n PHOTOSHOP)



Dont be angry friends..its juz joke..xD


# Walaupun aku seorang PHOTOGRAPHER,tapy aku tetap SUPERB ROMANTIC...=)

Saturday 11 February 2012

Memori...





Aku mendongak memandang langit yang semakin merah, ditemani desiran ombak pantai bukanlah sesuatu yang aku perlukan sekarang. Sumpah pengakap aku berdiri di sini dengan harapan kenangan itu akan pergi tapi akhirnya aku gagal. Aku cuba pejamkan mata pula dengan harapan memori itu akan hilang kali ini. Seperti hilangnya mentari di ufuk barat setiap hari...


Kadang-kala kita sukar melupakan, juga sukar melepaskan. 

Perpisahan itu umpama kubur yang bernisan, walaupun sejauh mana melangkah pergi pasti akan kembali pulang untuk dilawati. Kenangan adalah harta paling berharga buat manusia. Namun cinta itu tak selalunya indah, jadi bertahanlah. Walaupun kenangan itu menarik diri untuk pulang ke masa silam tapi kuatkan hati melangkah ke masa depan. Kerna ada sebabnya 
kenapa kita ditemukan dengan orang yang salah  dahulu. Hidup ini umpama pementasan opera, skrip telah tersedia dan hanya perlu dilakonkan namun ada masa kita perlu mengubah gaya lakonan juga skrip untuk menjayakan pementasan itu.


Aku juga sedar aku tidak sempurna...kerna diri aku penuh dengan keegoan...


Melarikan diri daripada masalah adalah tindakan seorang pengecut!
You can't run from your past but you can always create your future.

Wednesday 8 February 2012

Kisah Tentang Aku...


Kalau kau tahu apa yang ada dalam hati ini aku percaya kau takkan mahu tahu lagi kelak,
Kerana setiap patah kata yang tersingkap akan buatkan kau menangis teresak,
Tapi tak mengapa.


Kisah ini adalah kisah tentang aku yang masih berdiri di sini,
Kelihatan tegak namun sebenarnya goyah tak tetap kaki,
Tapi tak mengapa.


Mereka kata kita seumpama sepasang pasangan bahagia, gembira ketawa,
Mungkinkah mereka buta kerna mereka tak nampak, tak merasa seperti kita,
Tapi tak mengapa.

"DIA" sentiasa ada denganku..

Hanya dia menjadi saksi luahan hati,
Hanya dia menjadi bukti penulisan ini,
Hanya dia menjadi teman saat aku menyendiri,
Hanya dia menjadi tempat aku bina dunia sendiri..




Tapi tak mengapa. Kerana aku Hero...




# Hari ini akan menjadi sejarah...
Hari ini akan jadi semalam...


Monday 6 February 2012

HERO

Cinta itu tidak boleh diukur dengan angka, juga dengan material.
Cinta itu adalah satu perasaan, satu kepercayaan spiritual,
Kau percaya wujudnya cinta, maka kau percaya wujudnya Tuhan,
Kau sentiasa mencari cinta, mencari jalan pulang.
Aku dulu pernah tenggalam, hampir lemas dan hanyut dibawa derita,
Dan dalam saat lemas itu aku nampak kamu juga sedang lemas jauh,
Aku kumpulkan kekuatan, aku kumpulkan kudrat diri,
Menarik kita berdua ke daratan realiti,
Aku sendiri jatuh mahu parah namun kau lebih parah aku rasa,
Jadi aku lupakan luka dan ubati kau, menjaga dan melindungi,
Dan aku mula lupakan luka dalam diri dan cuba mendaki harapan,
Aku lukiskan kisah kita di atas awan, aku cacahkan namamu di atas hati,
Aku berlari mengejar langit yang di atas sana ada bintang malam,
Dan kita sentiasa melihat bintang itu bersama, bermimpi untuk tiba ke atas juga.

Tapi aku lupa, lupa pada luka yang semakin teruk berdarah,

Lupa pada hati yang mahu minta diubati,
Lupa pada apa yang jiwa ini jeritkan,
Aku lupa, leka dan alpa sehingga kini.

Aku sakit tapi bukan kerana luka,

Aku pendam kerana tak mahu menyakiti kau,
Aku jadi seorang Hero yang kalis segalanya,
Aku mahu melindungi apa yang mampu aku lindungi,
Aku mahu ubati semua luka yang tersisa,
Dan akhirnya aku kandas sendiri dalam perjuangan yang tak pasti,
Aku seorang Hero yang gagal dalam cinta, gagal selami ertinya...


# Aku tersedar,tapi ia dah terlambat.
Aku terjaga,tapi pada hakikatnya aku masih tertidur...

Hero Yang Pernah Gagal...


Adam duduk di tepi birai katil putih itu, duduk setia sepanjang hari menemani Ayu yang masih lagi nyenyak tidur. Sesekali bila lenanya terganggu Adam akan bingkas menenteramkan permaisuri hatinya itu. Ayu masih lagi lemah, wajah yang dahulunya berseri dan ceria itu kini berganti dengan raut pucat lesi. Keadaan Ayu semakin teruk dari hari ke hari dan Adam kekal setia di tepi katil putih itu. Penyakitnya semakin hari semakin parah, segala ubatan yang diberikan hanya mampu membuatkan Ayu untuk terus bertahan melawan serangan demi serangan penyakitnya. Dari apa yang diberitahu oleh doktor, hayat Ayu hanya tinggal beberapa bulan sahaja lagi, semuanya bergantung kepada dirinya sendiri.Dia menekup muka, meraup perlahan. Dia pandang lama ke wajah Ayu, sedih namun dia perlu kuatkan diri demi Ayu. Pastinya Ayu enggan dia bersedih melihat Ayu dalam keadaan begitu. Adam pandang ke luar, taman permainan kanak-kanak di hadapan hospital itu dahulu menjadi tempat utama dia menghabiskan masa petangnya bersama Ayu.

"Adam" , mendengar namanya dipanggil dia berpaling. Cuba tersenyum melihat Ayu. Dia perlu kuat, bisik hatinya.
"Ayu dah bangun? Nak makan tak? Tadi nurse datang hantar makanan tapi Ayu tidur, jadi Adam simpankan dulu. Jom makan, Adam suapkan Ayu ya?" Perlahan dia ulas lembut tangan Ayu, berhati-hati seolah setiap sentuhannya akan menyakitkan Ayu.
Ayu geleng perlahan. "Ayu teringin nak main buaian dekat taman depan tu, nak tengok matahari terbenam macam dulu. Adam bawa Ayu ya?
"Biar Adam tanya doktor dulu ya sayang? Ayu tunggu dekat sini okay?" Ayu senyum, angguk perlahan.


* * * * * * * * * * * * *


Adam menolak perlahan buaian. Menghayun dirinya perlahan-lahan sambil memejamkan mata. Dia duduk di atas buaian paling hujung itu, tempat kegemaran Ayu. Tempat pertama kali dia berjumpa Ayu sewaktu gadis itu sedang seronok membuai diri, biarkan angin lembut menyapa tubuh. Dia senyum setiap kali teringatkan saat itu. Terpaksa menjaga si adik yang dimasukkan ke hospital kerana asthma tatkala dia sedang sibuk dengan pameran fotografi sulungnya bukanlah atas kehendaknya, namun kerana Ibu dan Ayah yang sedang sibuk mengerjakan Haji di Tanah Suci dan kakak-kakak yang sibuk dengan kerja, dia terpaksa akur.


Dan petang itu entah apa perangai adik kecilnya beria-ria mengajaknya ke taman permainan. Dan di situ adalah kali pertama dia berjumpa Ayu, kerana si gadis berkeras mahu duduk di buaian paling hujung itu walhal masih banyak lagi buaian yang kosong. Dan di buaian itu juga tempat terakhir dia menemani Ayu melihat matahari terbenam, memenuhi permintaan gadis kesayangannya itu.


"Kenapa awak ayun perlahan sangat? Tak seronoklah macam tu."
"Sebab kalau laju-laju tak dapat nak dengar angin bercakap dengan kita."
"Angin bercakap? Merepeklah. Angin mana boleh bercakap.
"Boleh, awak cubalah. Nah." Ucap Ayu seraya turun dari buaian sambil mengarahkan Adam untuk naik. Adam keberatan namun setelah dipaksa Ayu akhirnya dia mengalah.


Adam ayunkan perlahan seperti apa yang dilakukan Ayu, sambil menutup mata. Lama. Dia cuba fokus pada bunyi desiran yang menyapa pendengaran. Diam dan fokus. Tiba-tiba terdengar suara Ayu berbisik perlahan di telinga Adam.
"Ayu sayangkan Adam sampai hujung nyawa."
Adam buka mata sambil tersenyum. Dia lihat sekitar, namun tiada lagi Ayu. Yang tinggal hanya Adam bersama langit yang semakin merah, semerah hatinya yang luka. Kanak-kanak kecil yang tadi kelihatan bermain-main di sekitar juga telah tiada. Cuma Adam yang masih setia duduk di buaian yang paling hujung, cuba mendengar lagi angin bercakap.


* * * * * * * * * * * * *



Adam tarik laci meja perlahan. Tarik dan buka lipatan kertas itu, surat dari Ayu yang sehingga kini masih tersimpan rapi di dalam laci mejanya. Cuma sudah lama rasanya dia tidak sentuh.

Adam,
Ayu minta maaf sebab Ayu tak dapat nak tunaikan janji Ayu untuk jadi ibu kepada anak-anak Adam, tapi Ayu nak Adam tahu yang itulah impian Ayu selepas kita berjumpa. Adam banyak bantu Ayu, beri semangat pada Ayu untuk hadapai semua ini. Ayu berterima kasih sangat pada Adam. Terima kasih sebab sudi terima Ayu dalam hidup Adam, terima kasih sebab Adam sudi berikan kasih sayang dan cinta Adam pada Ayu. 


Adam,
Seandainya Adam terima nota ini, maknanya Ayu dah tiada di sisi Adam. Tapi Ayu minta pada Adam, walau apa pun tolong jangan tutup pintu hati Adam untuk orang lain. Ayu nak Adam bahagia, gembira sama macam masa kita bersama dulu. Ayu tetap cintakan Adam hingga akhir nafas Ayu.


"I Love You"
AYU

Adam lipat kembali surat terakhir Ayu, dan simpan perlahan kembali di tempatnya.
Ayu, memang sukar untuk Adam terima yang Ayu sudah tiada lagi di sisi Adam, tapi andai begini tertulisnya takdir pertemuan kita Adam terima. Tapi Adam tak pernah dapat ucapkan terima kasih pada Ayu. Terima kasih Ayu sebab sudi mencintai Adam, menerima Adam seadanya dan berikan kasih sayang Ayu kepada Adam. Ayu, Adam rasa Adam dah jumpa bahagia Adam sekarang. Adam harap Ayu gembira dengan keputusan Adam. Adam akan tetap sayangkan Ayu sampai akhir nafas Adam.Adam pandang kad yang terbuka di sebelah komputer sambil tersenyum. Ayu, Adam akan teruskan hidup ini.

                        Jemputan Ke Majlis Perkahwinan
           "Adam & Hawa"


Seorang Hero yang pernah gagal dalam bercinta akhirnya akan temui bahagia juga...


Sunday 5 February 2012

Aku Tak Sempurna


Aku punya wadah...
Ingin berubah...
Namun banyaknya wajah...
Bikin aku lemah...
Bila canda membuat luka,
Bila lidah salah bicara,
Bila perbuatan telah menyakitkan,
Hanya kata MAAF, pantas terucapkan.

Maafkan aku yang tak pernah SEMPURNA.
Sedarkan diri ini andai aku tersasar...
Aku hanya berdiam diri dan bersabar dengan dugaannya...


Kesejahteraan dan kebahagiaan bagi kalian kerana kalian telah bersabar dalam mentaati Allah dan menerima cubaanNya. Syurga adalah sebaik-baik tempat kesudahan.
~ Surah Ar-Ra’d, ayat 24 ~

Bersabar dan redha dengan segala ketetapanNya.
Sesungguhnya Dia akan menggantinya dengan yang lebih baik.


Langit tidak selalunya cerah.
Tiba saatnya, ia berubah.
Mendung, kelam, gelap.
Begitulah dengan hidup ini.
Tidak selalunya indah.
Ada masanya, gundah.

Namun, setiap ujian dariNya, ada hikmah;

**Boleh jadi ia adalah sebagai penghapus dosa dan kesalahan**
**Boleh jadi ia adalah sebagai ingatan agar merapatkan posisi dengan Tuhan**
**Boleh jadi ia dapat menjauhkan diri dari kemaksiatan**
**Boleh jadi juga ia dapat memelihara diri daripada bencana yang lebih besar dan membinasakan**



aku tak mampu tersenyum setiap masa,kerna aku tidak kuat seperti SUPERHERO..
aku cuma lelaki ego yang bermain di papan kekuci menggunakan jemari... 

AKU TAK SEMPURNA


Ada tikanya, aku tersasar... terdampar... tidak sedar... sukar...



Saturday 4 February 2012

Cerita HATI...


GAMBAR INI HIASAN SEMATA-MATA...
MY PARTNER : NAJEEHA RAMLI



Hai hati yang pernah hancur remuk.

Kau sedang membaiki diri sendiri,
Kau kutip serpihan diri,
Berselerakan terbuang di dunia keji,
Namun kau masih setia, kembali lagi.

Mungkin hancurnya kau dahulu tak sehebat kali ini,
Kau kecewa bukan wahai hati?
Kau terlalu rindukan sesuatu isi di dalam diri,
Kau mahukan kembali rasa yang dipanggil cinta.
Tapi tahukah kau yang dirimu akan terhiris luka?

Wahai hati,
Kuatlah kau di dalam diri aku,
Temani degupan jantung yang berdegup selalu,
Aku perlukan kau di sisiku...





# love is not about finding a right person, but creating the right relationship...
√ Verified Official Sky Lover © THIS DAYS Official Blogger