Pengikut Setia~

Wednesday, 8 February 2012

Kisah Tentang Aku...


Kalau kau tahu apa yang ada dalam hati ini aku percaya kau takkan mahu tahu lagi kelak,
Kerana setiap patah kata yang tersingkap akan buatkan kau menangis teresak,
Tapi tak mengapa.


Kisah ini adalah kisah tentang aku yang masih berdiri di sini,
Kelihatan tegak namun sebenarnya goyah tak tetap kaki,
Tapi tak mengapa.


Mereka kata kita seumpama sepasang pasangan bahagia, gembira ketawa,
Mungkinkah mereka buta kerna mereka tak nampak, tak merasa seperti kita,
Tapi tak mengapa.

"DIA" sentiasa ada denganku..

Hanya dia menjadi saksi luahan hati,
Hanya dia menjadi bukti penulisan ini,
Hanya dia menjadi teman saat aku menyendiri,
Hanya dia menjadi tempat aku bina dunia sendiri..




Tapi tak mengapa. Kerana aku Hero...




# Hari ini akan menjadi sejarah...
Hari ini akan jadi semalam...


No comments:

Post a Comment

√ Verified Official Sky Lover © THIS DAYS Official Blogger