Pengikut Setia~

Saturday 22 December 2012

PLATONIC Love

"Jodoh, ia adalah ketentuan. Tapi aku percaya jodoh itu wujud " - Ayie, Lelaki yang kecewa. 2012

Cinta platonik itu cinta unik, jenis cinta ini tidak seperti kisah percintaan telenovela atau film-film drama Bollywood. Cinta Platonik adalah sebuah istilah yang dipakai untuk menyebut sebuah perkaitan kasih sayang, tetapi unsur-unsur rasa tarikan secara seksual tidak wujud. Cinta platonik adalah cinta yang disimpan dalam hati, cinta rahsia yang tidak perlu dimanifestasikan seperti cara film drama memanifestasikannya. Ia cinta diam-diam. Love in silent. Ia lebih hebat daripada cinta anak-anak muda sekarang. 


Cinta kita bersama. Dalam cinta kita ada mimipi dan harapan kita.
Dengan cinta akan terhimpun kekuatan untuk mencapai tujuan kita.
Our PLATONIC LOVE.

Cinta Platonik ianya lebih hebat dari cinta biasa. Mungkin saya setuju dengan konsep cinta para Platonian bahwa cinta itu adalah saling menghormati dan saling menjaga. Cinta ini adalah cinta yang hanya dapat dirasakan oleh hati. Cinta yang sulit diucapkan. 






HIGHLIGHT YOUR LOVE AND SPREAD IT.

Tuesday 11 December 2012

Nur Evabalqis



12 November bermula kisah sedih mereka. Ayie mengajak Eva untuk keluar berjalan-jalan. Pantai Bersih,Penang tempat yang ingin dituju Ayie. Seperti biasa, ayah Eva menjadi pemandu untuk perjalanan mereka. Kemana pun mereka pergi ayah Eva yang akan menghantar mereka. Sampai di destinasi ayah Eva meninggalkan mereka berdua sendirian. "Pendek, sayang kamu," kata Ayie sambil memberikan senyuman comel. "Sayang kamu jugak Si Budak Tinggi," kata Eva sambil memerli Ayie. Saat itu adalah saat terakhir mereka mengatakan kata-kata itu.

Berjalan-jalan mereka ditepi pantai sambil tersenyum gembira. Kemudian mereka duduk di batu-batuan di tepi pantai.
Ayie : Sayang, cuba kamu tengok tu. Senja semakin merah. Cantikkan?
Eva : Yup. Cantik. Tapi budak pendek yang awak cakap ni lagi cantik rasanya.
Ayie : Okaylah, awak cantik. Tapi nanti senja itu tak lagi merah, dan hidup tak lagi meriah.
Eva : Saya akan cuba buat 'Si Tinggi' saya ni happy dan meriah. *Senyum manis.
Ayie : Baiklah. Sayang kamu. >.<

Kemudian tiba-tiba Eva rebah dihadapan Ayie. Ayie terdiam. Ayie terkejut. Dia sangkakan bahawa itu hanyalah helah Eva mahu permainkan dia. Tapi tidak. Ada sesuatu yang tidak kena dengannya. Mukanya pucat. Ada seseorang lelaki menelefon Ambulans. Ayie rasa seperti mati, rasa dengan sangat terkejut saat mereka membawa Eva di dalam ambulans. Ayie mengikuti Eva ke hospital. Saat Ayie melihat Eva, mukanya sangat pucat. Matanya sedikit terbuka, dan Ayie terus menatapnya. Ayie memegang tangannya dan berkata, "Aku sayang kamu." Tetapi Ayie ingin berkata lebih banyak lagi. Ayie bahkan dapat menulis sebuah novel tentang segala erti dirimu bagiku. "Bagaimana aku harus melalui semua ini?" Ayie terfikir dalam hatinya.

Tiba di hospital, doktor memeriksa Eva. Beberapa minit kemudian doktor keluar dari bilik rawatan dan berkata pada Ayie dan ayah Eva bahawa Eva terkena penyakit tumor otak (barah otak) kerana ada radiasi pada otak. Eva berada dalam keadaan kritikal. Banyak tanda-tanda yang terjadi pada Eva. Tapi Eva menganggap sakit biasa. Sakit kepala yang teruk, gangguan penglihatan, hilang daya imbangan, lemah atau kebas badan antara terjadi kepada Eva. Doktor juga berkata lagi sebulan Eva harus melakukan pembedahan. Sejak itu Ayie sering ke rumah Eva kerana risau dan sedih. Pada hari pembedahan Eva, Ayie datang ke hospital bersama ayah Eva. Setelah satu jam 15 minit Ayie menunggu, doktor telah melakukan yang terdaya. Eva disahkan meninggal. Ayie mulai menangis, seluruh tubuhnya sakit. "Aku ingin pergi dari semua orang" Ungkapan hati Ayie. Dan dia keluar dari bilik itu, tetapi dia tahu dia harus mengucapkan selamat tinggal.

Sudah beberapa minggu sejak Eva meninggalkan Ayie, dan Ayie masih mengingatkan pada Eva. Lagu-lagu mereka bersama sentiasa didengar Ayie, restoran tempat mereka menyambut hari jadi sering Ayie datang. Tetapi apa yang bisa Ayie lakukan adalah merasa bersyukur atas waktu-waktu yang sudah dia miliki. Ayie menyedari bahwa jika kamu mencintai seseorang, kamu harus selalu merasa bahagia bersamanya setiap waktu. Eva pernah berpesan, buatlah kenangan-kenangan yang baik daripada yang buruk - karena tidak peduli apapun yang terjadi, kenangan baik adalah kenangan yang selalu ingin kamu ingat kembali. Sekarang tanah perkuburan Eva satu-satunya tempat mereka bertemu.






"Buatlah kenangan-kenangan yang baik daripada yang buruk - karena tidak peduli apapun yang terjadi, kenangan baik adalah kenangan yang selalu ingin kamu ingat kembali." - Nur Evabalqis, 2010

Sunday 2 December 2012

Surat Kecil Dari Hati

Ayie. Seorang jejakan baik hati tetapi tinggi egonya. Seego Ayie sekalipun, egonya tetap akan hilang untuk orang yang dia sayangi. Dira ialah orang yang sangat Ayie sayang. Dia seorang yang manis, riang, peramah, manja dan sering mengambil berat terhadap Ayie. Sikap manjanya yang membuatkan Ayie terpikat dengannya. Mungkin bagi orang yang tidak mengenali  Dira akan menganggap dia sombong. Ayie juga pernah menganggap Dira seorang yang sombong, tetapi setelah mengenali Dira dengan lebih rapat barulah Ayie tahu yang Dira seorang yang peramah.

Dulu Ayie sering berborak dengan Dira melalui telefon sambil menikmati cahaya bulan dan bintang. Pernah satu malam, Dira menyanyikan lagu untuk Ayie. Terketar-ketar suara Dira disebabkan malu. Sweet! "Kenapa kita tidak berkenalan dari dulu hah? Apapun saya berjanji akan menjadi yang teristimewa buat awak Dira." bisik hati Ayie. 
Sehinggalah pada suatu hari, Ayie mengalami masalah dengan keluarganya, mudnya berubah-rubah. Satu hari dira bertanya kepada Ayie "kenapa awak nampak lain? Awak ada masalah? ". " Saya okay. Jangan risaulah." balas Ayie. Kemudian Dira berkata lagi " Kongsilah dengan saya, kita kan kawan." Ayie dengar ungkapan Dira dengan kecewa. 

I feel like I'm always missing someting. Oh right, it's you.


Dengan perasaan  kecewa Ayie menulis surat didalam hatinya.
"Menyukai orang yang tidak menyukai kita sakitkan? Dira walaupun kita tidak ada apa-apa hubungan, terima kasih kerana awak selalu ambil berat tentang saya. Aku sukakan kamu, Tapi aku faham kamu tersiksa dengan bekas kekasihmu. Serpihan kaca yang berkecai bertaburan itu, aku cuba kutip pecahannya dan aku cantumkan ia menjadi sekeping hati iaitu hati kamu. Tapi sayang ia tetap retak dan hancur semula. Aku faham Dira. Ya. Aku faham. Baiklah, lupakan aku mimpi burukmu walaupun aku sentiasa mengingatimu sebagai mimpi indah aku. Walau kita tidak bersama, aku tetap akan menjadi pendengar setia kamu. Saat ini aku sedang belajar memahami kamu. Oh tuhanku, tumbuhkan lah yang telah patah dan gantikanlah yang telah hilang. Semoga hati ini kuat menempuhi ujian dari-Mu." - Ayie. Seorang lelaki yang penat menunggu, kecewa. 2012





If happen you really need someone to talk to, just know that I'm always here.
√ Verified Official Sky Lover © THIS DAYS Official Blogger