Ayie. Seorang jejakan baik hati tetapi tinggi egonya. Seego Ayie sekalipun, egonya tetap akan hilang untuk orang yang dia sayangi. Dira ialah orang yang sangat Ayie sayang. Dia seorang yang manis, riang, peramah, manja dan sering mengambil berat terhadap Ayie. Sikap manjanya yang membuatkan Ayie terpikat dengannya. Mungkin bagi orang yang tidak mengenali Dira akan menganggap dia sombong. Ayie juga pernah menganggap Dira seorang yang sombong, tetapi setelah mengenali Dira dengan lebih rapat barulah Ayie tahu yang Dira seorang yang peramah.
Dulu Ayie sering berborak dengan Dira melalui telefon sambil menikmati cahaya bulan dan bintang. Pernah satu malam, Dira menyanyikan lagu untuk Ayie. Terketar-ketar suara Dira disebabkan malu. Sweet! "Kenapa kita tidak berkenalan dari dulu hah? Apapun saya berjanji akan menjadi yang teristimewa buat awak Dira." bisik hati Ayie. Sehinggalah pada suatu hari, Ayie mengalami masalah dengan keluarganya, mudnya berubah-rubah. Satu hari dira bertanya kepada Ayie "kenapa awak nampak lain? Awak ada masalah? ". " Saya okay. Jangan risaulah." balas Ayie. Kemudian Dira berkata lagi " Kongsilah dengan saya, kita kan kawan." Ayie dengar ungkapan Dira dengan kecewa.
I feel like I'm always missing someting. Oh right, it's you.
Dengan perasaan kecewa Ayie menulis surat didalam hatinya.
"Menyukai orang yang tidak menyukai kita sakitkan? Dira walaupun kita tidak ada apa-apa hubungan, terima kasih kerana awak selalu ambil berat tentang saya. Aku sukakan kamu, Tapi aku faham kamu tersiksa dengan bekas kekasihmu. Serpihan kaca yang berkecai bertaburan itu, aku cuba kutip pecahannya dan aku cantumkan ia menjadi sekeping hati iaitu hati kamu. Tapi sayang ia tetap retak dan hancur semula. Aku faham Dira. Ya. Aku faham. Baiklah, lupakan aku mimpi burukmu walaupun aku sentiasa mengingatimu sebagai mimpi indah aku. Walau kita tidak bersama, aku tetap akan menjadi pendengar setia kamu. Saat ini aku sedang belajar memahami kamu. Oh tuhanku, tumbuhkan lah yang telah patah dan gantikanlah yang telah hilang. Semoga hati ini kuat menempuhi ujian dari-Mu." - Ayie. Seorang lelaki yang penat menunggu, kecewa. 2012
If happen you really need someone to talk to, just know that I'm always here.
No comments:
Post a Comment