Pengikut Setia~

Tuesday, 28 May 2013

R.A.B.A.K

Rabak.

Itulah perkataan yang sesuai untuk menggambarkan apa yang sedang berlaku pada aku saat ini. Bila matahari tidak lagi menyinari sisi-sisi gelap di sudut hati, dan bulan tidak lagi menyuluh langkah dalam gelap. Kadang-kala aku berfikir, kenapa perlu ada sakit, kenapa perlu ada perpisahan, kenapa perlu ada peperangan. Tapi aku sedar yang dunia ini adil, Tuhan itu Maha Adil. Diciptakan-Nya sesuatu secara berpasang-pasangan. Di sebalik sakit adanya kesihatan, di sebalik perpisahan wujudnya pertemuan dan di sebalik peperangan akan ada keamanan.

Ayie pandang Galaxy Young, membaca satu persatu bait-bait perkataan yang tertulis. Dia pandang origami yang dibuatnya. Dan saat itu dia sendiri tidak mengerti apa yang sedang dirasai oleh hatinya, yang pasti ia amat menyakitkan. Tiada lagi rama-rama di dalam perut, tiada lagi fikiran ke masa-masa yang indah dan tiada lagi senyuman yang terlukis di hatinya. Masa seolah berhenti, dia pandang sekitar dengan satu pandangan kosong. Dirasakan semua orang yang memandang ke arahnya tersenyum, sinis. Seolah mereka memandang dan berkata, "Ini bukan yang kau mahukan, jadi terimalah.". Ayie buka laman sosial Facebook, cuba untuk mengalih pandangannya dari realiti yang seolah sedang ketawa, menghukum dirinya.


"Syazrull Zerull : Sakit bukan bila ditinggalkan, dan kerana itu aku lebih rela supaya aku ditinggalkan daripada aku yang meninggalkan. Kerana aku tak mahu dia merasai sakit yang aku rasai."

Ayie senyum, telan liur yang terasa pahit. Secangkir kopi diambil dan dia minum dalam menikmati setiap zarah-zarah air yang memasuki rongga tubuhnya. Aku tak mahu dia menjadi mangsa pada keadaan, lalu aku putuskan supaya aku yang ditinggalkan. Sekurang-kurangnya dia tidak merasai sakitnya bila ditinggalkan. Dan dia bangun, melangkah longlai menuju kembali ke kehidupannya. Dengan satu perasaan yang rabak. Dengan jiwa yang berdarah. Dan dia capai topeng yang tersimpan, memakai topeng senyuman agar mereka di dunia luar tidak mengetahui wajah sebenarnya di dalam.


You let time pass. That’s the cure. You survive the days. You float like a rabid ghost through the weeks. You cry and wallow and lament and scratch your way back up through the months. And then one day you find yourself alone on a bench in the sun and you close your eyes and lean your head back and you realize you’re okay. –Dear Sugar.



Lepaskan dia dari hati awak, biar apa pun alasannya.

Friday, 3 May 2013

Untitled

"Cinta akan menyakitkan ketika kamu berpisah dengan seseorang, lebih menyakitkan apabila kamu dilupakan oleh kekasihmu, tapi cinta akan lebih menyakitkan lagi apabila seseorang yang kamu sayangi tidak tahu apa yang sesungguhnya kamu rasakan......."

Di sunyi malam Ayie belajar pada detak jarum jam. Berhenti atau berlari.
Malam semakin lengang. Sunyi semakin menggenang. Rindu makin datang menerkam.
Kenangan, memunculkan cerita memedihkan. Luka, tetap menjadi teman menyakitkan.

Kenapa dicelah sunyi, malam melantunkan jiwanya? Kenapa nyanyian rindu muncul sekilas melintas?

Sunyi, peluklah aku. Malam, mimpikan aku. Sayang, lupakan aku kerna aku hanyalah satu impian tak tercapai.




√ Verified Official Sky Lover © THIS DAYS Official Blogger