Ali terdiam. Dia pandang tepat ke dalam anak mata Siti, seolah pandangannya itu mampu untuk membaca segenap hati Siti. Ali sumpah terkelu, dia tak tahu apa yang harus dikatakan saat ini. Ini adalah satu perkara yang sangat-sangat tidak normal baginya, dia pasti tentang itu.
"Apa dia Ali?" Siti dah pandang Ali dengan malu-malu. Habis tanah di kaki dikuisnya. Kalau dibiarkan berlanjutan mahu boleh timbus kubur yang Pak Mail tengah korek tengah hari tadi.
"Tapi kenapa awak? Saya ni tak cantik ke? Apa kurangnnya saya?" Siti ni perempuan, biasalah kan susah nak terima kenyataan ye dak?
"Atau awak dah ada orang lain? Awak memang dengan si Ayu tu kan?!" Perempuan, tak dapat terima kenyataan satu hal, menuduh pun satu hal lain. Jenis tak nak kalah ni memang payah. Tapi Ali masih lagi cool dan steady.
"Saya tak boleh nak suka awak sebab mak saya cakap selagi belum sunat tak boleh nak suka ke siapa-siapa."Ali bidas dengan hebat dan bergaya. Sambil silang tangan peluk tubuh, dia senyum dan berlari pulang sebab dah nak Maghrib, mak dia marah kalau balik lambat-lambat. Banyak setan katanya.
Aku duduk lagi dekat buaian paling hujung, sambil memandang ke arah langit yang semakin gelap. Baru habis satu lagi drama di taman permainan ini. Masuk hari ni dah 4 kali Ali tolak Siti, setiap hari dengan skrip yang berbeza-beza. Esok aku tak tahulah. Power betul Ali tu, besar nanti aku yakin dia akan jadi seorang lelaki yang teguh prinsipnya.
#Budak zaman sekarang...banyak terpengaruh...xD
anak yang baik...bagus2..dengar cakap mak..huhu
ReplyDeleteehehehe...itu belum sunat lagy tue...xD
ReplyDelete