Pengikut Setia~

Friday, 21 February 2014

Kanser

"Cancer can take away all of my physical abilities. It cannot touch my mind, it cannot touch my heart, and it cannot touch my soul" - Jim Valvano

Ayie seorang lelaki yang punyai sikap penyayang. Dia sangat sayangkan adik perempuannya, Nia. Nia berumur 7 tahun. Seorang gadis yang manja, berambut panjang. Dia sangat sayangkan abangnya. Bagi Nia abangnya seorang lelaki yang sentiasa melindunginya selain bapa. Nia sering dibuli. Tapi Ayie menjadi pengubat hati, yang sering memujuk. Ayie selalu buat adik kesayangan dia tersenyum. Walaupun baru berusia 7 tahun, Nia pandai berdikari. Ayie sering mengajarnya berdikari. "Abang tak boleh selalu ada dengan adik, so adik kena pandai jaga diri. Mana tahu kalau-kalau nanti abang takda." Kata Ayie. Nia mengeluh sambil bertanya "Abang nak pergi mana?". "Abang tak kemana-mana, abang sentiasa ada disebelah adik montel abang" balas Ayie.

Ada rahsia tentang Ayie yang Nia tidak tahu. Ayie salah seorang pesakit yang menghidapi kanser otak atau dikenali sebagai barah otak. Dia menghidap penyakit ini ditahap kritikal. 
Ayie lambat untuk menjalani rawatan. Barah otak adalah antara penyakit yang paling digeruni oleh masyarakat dunia. Barah otak adalah berkenaan wujudnya tumor pada bahagian tertentu otak.
Hanya kedua orang tua Ayie yang mengetahui tentang penyakitnya. Nia? Nia hanya tahu yang Ayie ni seorang superhero yang sentiasa menjaga dan melindunginya. Ayie kini menjalani kaedah rawatan moden, iaitu kemoterapi. Sudah hampir seminggu hari Ayie menjalani rawatan kemoterapi. Rambut Ayie sering berguguran di lantai.

Pernah pada suatu hari Ayie menggendong Nia. Nia sangat gembira. Sehingga Nia memegang kepala Ayie. Lantas rambut-rambut di kepala Ayie luruh. Nia terkejut. Ayie meletakkan Nia dibawah kemudian, dia belari ke bilik dan mengunci dari dalam. Ayie takut. Takut untuk beritahu Nia tentang perkara yang sebenar. Dia sangat sayang. Sayang sangat pada Nia. Mata Nia berair, kemudian mengalir air mata Nia. Nia berlari mencari orang tuanya. "Kenapa rambut abang selalu gugur?" Tanya Nia. Waktu semakin suntuk. Walupun Nia masih kecil, tetapi dia harus tahu tentang abangnya. Orang tua Ayie menceritakan segalanya kepada Nia. Walaupun mungkin Nia tidak betul-betul faham, tapi dia tahu abangnya menghidap penyakit yang kritikal yang boleh membawa maut.

Bila Nia sudah tahu apa yang dialami abangnya, dia semakin prihatin terhadap abangnya. Dia sering mengajak abangnya bersiar-siar pada waktu petang. "Abang, kalau ada orang buli abang, abang bagitahu Nia tau? Abang jangan risau tentang rambut abang. Nanti rambut abang akan tumbuh macam dulu." Kata Nia. Ayie tersenyum. "Yelah adik. Esok pagi abang ada rawatan kemoterapi dekat hospital. Adik nak ikut abang tak?" Tanya Ayie. Nia terfikir panjang. Dalam hatinya sedih. Risau. "Abang, Nia taknak ikut abang. Nia tunggu abang dirumah. Nia nak buat satu kejutan untuk abang" Kata Nia. Ayie tersenyum manis. Hari kian lewat. Senja makin merah. Mereka terus pulang ke rumah. 

Esok pagi, Ayie mencapai topinya dan bergerak ke hospital untuk jalani rawatan kemoterapi. Nia di rumah memikirkan kejutan yang hendak dibuat kepada abangnya. Akhirnya Nia mendapat satu idea.
Terus Nia ke dapur untuk mendapatkan gunting. Nia memotong rambutnya sehingga pendek. Kemudian dia mengumpul rambut-rambutnya itu di atas kain. Dia menunggu kepulangan abangnya.
Tibanya Ayie dirumah. Ayie terkejut bila dia buka pintu hadapan rumahnya, dia melihat adiknya yang berambut pendek. "Mengapa?" Kata Ayie. "Ini kejutan buat abang" kata Nia sambil menghulurkan rambutnya yang dipotong. "Rambut abang akan tumbuh balik kan? Abang akan sembuh kan?" Kata Nia sambil mengusap air mata. 

No comments:

Post a Comment

√ Verified Official Sky Lover © THIS DAYS Official Blogger