Pengikut Setia~

Tuesday, 26 June 2012

Adakah Ini Selamat Tinggal?

Tepat jam 2014 tadi, saya telah mengambil keputusan untuk deactivate akaun Facebook saya. Banyak perkara sebenarnya yang bermain di minda sewaktu ingin membuat keputusan itu. Facebook dan saya, kami mulai rapat sejak daripada  2011. Bayangkan di dalam tempoh setahun ini pelbagai perkara yang telah saya lalui di Facebook. Di situ tersimpan coretan suka-duka saya, cerita dan pengembaraan, pengalaman dan yang tak dapat saya lupakan adalah semua teman-teman di sana. Di Facebook, setiap rakan saya bagi saya adalah teman.

Mungkin ada yang terasa hati dengan saya sepanjang kewujudan saya di laman sosial itu, jadi saya minta maaf. Buat yang merindu saya (itupun kalau ada), saya minta maaf. Mungkin lebih baik begini. Dan saya diberikan 30 hari oleh Facebook, kalau saya berubah hati dan fikiran.  

Saya hanya ingin berehat sebentar. Untuk kembali ke Facebook biarlah 30 hari yang diberikan ini menjadi penentu. Selamat tinggal Facebook. Sampai kita berjumpa lagi. *kesat airmata*


Friday, 1 June 2012

Prolog:Cinta Ayie Buat Amy #2

Hidup ini tak akan semudah yang kau mahukan, tapi tak akan sesukar yang kau bayangkan...


"Kalau saya ada masalah, saya suka pergi ke pantai,sungai. Dan di sana saya akan lepaskan dan hanyutkan semua masalah-masalah saya. Dan ia amat berkesan."
Setiap patah kata itu masih lagi dia ingat, dan kerana itu dia datang ke sini ini. Ayie pandang sekitar, membuang pandanganya jauh-jauh ke langit yang mulai memerah. Jam di tanganya dilihat, sudah hampir jam 6:30 petang.
Entah berapa jauh dia melangkah, entah berapa lama dia terhenti di situ. Di situ dia memerhati ke arus yang deras itu. Entah mengapa, tapi nalurinya kuat mengatakan dia perlu melepaskan sesuatu di situ, sesuatu yang tertanam di dalam hatinya. Dan entah berapa ketika kemudian, saat mentari semakin hilang di ufuk barat dia mengalirkan airmatanya. Airmata seorang lelaki.

Tetapi bibirnya tersenyum. Dan saat dia melihat arus air yang deras itu, perlahan-lahan dia temukan sesuatu. Sesuatu yang sekian lama dia cari, hatinya yang hilang. Ayie bangkit dan perlahan-lahan dia berjalan menuju kembali ke keretanya."Sekarang aku hanya perlu mencari kunci buat hati ini" dan dia sudah tahu di mana tersimpannya kunci hatinya itu.



Kunci buat hati Ayie ternyata ada pada Amy... Iaitu seorang gadis yang sering Ayie ambil berat.=)

#Saya mungkin bukan yang terbaik, dan saya mungkin bukan yang terhebat. Tapi saya berusaha untuk jadi yang terbaik, terhebat di mata awak.
√ Verified Official Sky Lover © THIS DAYS Official Blogger