Tepat jam 2014 tadi, saya telah mengambil keputusan untuk deactivate akaun Facebook saya. Banyak perkara sebenarnya yang bermain di minda sewaktu ingin membuat keputusan itu. Facebook dan saya, kami mulai rapat sejak daripada 2011. Bayangkan di dalam tempoh setahun ini pelbagai perkara yang telah saya lalui di Facebook. Di situ tersimpan coretan suka-duka saya, cerita dan pengembaraan, pengalaman dan yang tak dapat saya lupakan adalah semua teman-teman di sana. Di Facebook, setiap rakan saya bagi saya adalah teman.
Mungkin ada yang terasa hati dengan saya sepanjang kewujudan saya di laman sosial itu, jadi saya minta maaf. Buat yang merindu saya (itupun kalau ada), saya minta maaf. Mungkin lebih baik begini. Dan saya diberikan 30 hari oleh Facebook, kalau saya berubah hati dan fikiran.
Saya hanya ingin berehat sebentar. Untuk kembali ke Facebook biarlah 30 hari yang diberikan ini menjadi penentu. Selamat tinggal Facebook. Sampai kita berjumpa lagi. *kesat airmata*
No comments:
Post a Comment