"Kalau saya ada masalah, saya suka pergi ke pantai,sungai. Dan di sana saya akan lepaskan dan hanyutkan semua masalah-masalah saya. Dan ia amat berkesan."
Setiap patah kata itu masih lagi dia ingat, dan kerana itu dia datang ke sini ini. Ayie pandang sekitar, membuang pandanganya jauh-jauh ke langit yang mulai memerah. Jam di tanganya dilihat, sudah hampir jam 6:30 petang.
Entah berapa jauh dia melangkah, entah berapa lama dia terhenti di situ. Di situ dia memerhati ke arus yang deras itu. Entah mengapa, tapi nalurinya kuat mengatakan dia perlu melepaskan sesuatu di situ, sesuatu yang tertanam di dalam hatinya. Dan entah berapa ketika kemudian, saat mentari semakin hilang di ufuk barat dia mengalirkan airmatanya. Airmata seorang lelaki.
Tetapi bibirnya tersenyum. Dan saat dia melihat arus air yang deras itu, perlahan-lahan dia temukan sesuatu. Sesuatu yang sekian lama dia cari, hatinya yang hilang. Ayie bangkit dan perlahan-lahan dia berjalan menuju kembali ke keretanya."Sekarang aku hanya perlu mencari kunci buat hati ini" dan dia sudah tahu di mana tersimpannya kunci hatinya itu.
Kunci buat hati Ayie ternyata ada pada Amy... Iaitu seorang gadis yang sering Ayie ambil berat.=)
waaa.. romantik nyerer
ReplyDeletehehehe..xD
Deletesweet . blh buad novel . hehe XD .
ReplyDeletenovel la sangat..xD
Delete