Kehadapan Rana Rasha yang sedang menenangkan perasaan dikala waktu ini, teruskanlah menenangkan hati awak wahai sayang. Semoga dengan hati yang tenang itu akan membuatkan realiti awak indah. Awak tidak nampak kah perasaan hati saya? Dan sekiranya diizinkan, benarkan saya menemai awak untuk melakar mimipi indah itu bersama. Sewaktu awak menenagkan perasaan, saya menulis warkah ini buat awak. Biarlah saya jelaskan disini tentang tujuan saya menulis secebis coretan dan dijadikan warkah ringkas buat awak ini. Sebenarnya saya tidak dapat tenangkan diri saya disaat awak marahkan saya Rana Rasha. Mungkin kerana hati kecilku ini turut sama meronta merindui awak, lalu untuk melenyapkan perasaan yang sedang meronta lebih hebat dari tsunami yang telah melanda Jepun pada 11 Mac lalu maka saya celikkan mata untuk menulis coretan ini buat awak. Saya harap awak tak kisah dan janganlah marahkan saya kerana hal tadi. Maaf ya sayang? =P
Rana Rasha, ketahuilah bahawa pernah saya ketemu banyak hati namun tiada satupun hati yang semerah hatimu, dan dalam banyak wajah yang pernah saya lihat tiada satupun wajah yang senantiasa diingati kecuali wajahmu. Andai kata saya seorang penyair, akan saya syairkan jutaan puisi kata cinta yang indah buat kamu. Andai kata saya seorang penyanyi, akan saya tuliskan ribuan lagu untuk saya luahkan segenap inci perasaan di hati ini untuk awak. Andai kata saya seorang penulis, akan saya coretkan dan nukilankan ratusan novel cerita kisah cinta buat awak supaya dunia tahu tentang cerita kita.
Seorang manusia mungkin mampu menipu manusia lain, tapi dia takkan pernah mampu menipu hatinya sendiri.
No comments:
Post a Comment