Pengikut Setia~

Wednesday 23 January 2013

Aku, Dia, Chocolate Indulgence dan Espresso Machiato.

Perbualan 12 November tahun 2012.

"SAM, apakah hadiah hari lahir yang paling bermakna yang kau pernah terima?" soal seorang teman, beberapa lama dahulu. Aku pandang wajahnya. Dia tersenyum. Aku diam dan berfikir. Apakah hadiah yang paling bermakna pernah aku terima? Aku lihat jam tangan Ice biru turquoise di pergelangan tangan, aku lihat telefon bimbit ku Cik Nia dan akhirnya aku nampak aku dan dia di sebalik pantulan cermin di tempat kami menikmati minum petang kami pada saat itu. 


Aku pandang dia, senyum dan menjawab. "Dapat lahir ke dunia ini, menikmati kehidupan dan berkenalan dengan semua yang hadir di dalam hidup ini dan masih kekal bernafas sehingga saat ini adalah hadiah hari lahir yang paling bermakna buat aku." Ya, itulah hadiah paling bermakna di dalam hidup aku. Sebuah kehidupan. Dia ketawa, mungkin sudah dapat mengagak bahawa aku takkan memberikan jawapan seperti yang dia fikirkan di minda. Itu perbezaan antara kami, namun perbezaan itu juga yang mampu membuatkan kami terus bersahabat sehingga ke hari ini. Sekurang-kurangnya aku menganggap dia seperti sahabat aku.

Aku hirup kopi hitam pekat itu, Espresso Machiato rasanya, itupun kalau pelayan tadi tidak tertukar pesanan aku dengan pesanan yang lain. Kopi yang hitam pekat dipenuhi buih-buih halus itu membuatkan tekak aku yang kehausan itu disirami. Dan kek itu, aku makan perlahan-lahan. Aku bukan seorang manusia yang menggemari kek, namun untuk meraikan tarikh 12 November ini aku pesan sepotong kek Chocolate Indulgence buat diri sendiri.

Selamat hari ulangtahun kelahiran yang ke-16 buat diri aku sendiri. Kini aku sudah menjangkau 17.



1 comment:

√ Verified Official Sky Lover © THIS DAYS Official Blogger