Pengikut Setia~

Monday, 11 February 2013

Siapa Punya Hati, Siapa Punya Cerita.


Suatu petang yang dingin, Ayie menunggu Dira. Mungkin hari ini adalah hari terakhir mereka bertemu. Dira datang dibelakang Ayie, lalu menutup mata Ayie. "Agak-agak angin membisikkan apa ditelinga kamu ye?".  "Angin membisikkan bahawa awak akan pergi meninggalkan saya".

"
Tiada kata yang dapat aku ucapkan saat ini, tiada perasaan yang dapat aku gambarkan rasa hati ini." Prolog hati Ayie. "Kita kan still boleh contact. " Kata Dira sambil mempamerkan senyuman manis diwajahnya. Ayie memandang ke atas langit yang tinggi, sambil merasakan kaki masih diatas bumi. " Agak-agak bila kita boleh berjumpa lagi? " balas Ayie. " Cik Ayie, one day kita akan berjumpa, janganlah risau. "

"Baiklah saya akan sentiasa menunggu kepulangan awak dan berharap kita dapat berjumpa. Mahu berjalan dengan saya mengelilingi sawah padi? " tanya Ayie kepada Dira. "Orang gila je yang tak mahu berjalan dengan awak " Balas Dira. Petang itu mereka berjalan dan bergelak tawa bersama sehingga senja nan merah muncul. 





"
Mengapa si manis berwajah muram menitiskan air mata,

Mungkin kerana sebahagian dari catatan helaian kisah hidup dia.

Mengapa ada duka sedih tatkala kita mengharapkan senyuman dan tawa,
Mengapa ada rindu datang menjengah ke pintu hati saat senyuman itu bukan lagi milik hati ini,
Mengapa ada persoalan-persoalan di waktu setiap insan mengharapkan jawapan.

Dalam sendu itu ada tangisan dalam hiba namun disembunyikan di sebalik wajah selamba,
Dalam tawa riang ada sebaris senyuman pura-pura penutup kisah duka,
Dalam setiap kejahatan yang terpamer adanya sekilas kebaikan yang tak dipedulikan.
Perasaan di minda yang  tak mengerti, enggan difahami kerna 
dalam setiap kebenaran itu
seringkali punya penderitaan. Seperti mana penantian itu adalah satu
penyiksaan namun ada yang masih menanti-nanti akan sebuah jawapan.

Wahai hati, janganlah kau terluka lagi."

No comments:

Post a Comment

√ Verified Official Sky Lover © THIS DAYS Official Blogger