Pengikut Setia~

Friday, 22 February 2013

Cinta Beruang Dan Panda

Muka Buku ialah tempat perkenalan BERUANG dan PANDA. Kenal melalui komen dan chatting dan ber-SMS bersama. 

 Bermula sebagai kawan. Makin lama hati kian berbunga-bunga. Cinta mula dilafazkan. Ikrar janji setia disebutkan. " SAYA SAYANG AWAK. JANGAN TINGGALKAN SAYA".

 Gembira mereka bersama. Bermanja mereka bersama. Ketawa mereka bersama. Kesedihan mereka tentang bersama. Semua ini berlaku disebabkan perasaan "SAYANG".

Beruang dan Panda berjanji akan menjadi kekasih terhebat. Mereka saling memahami antara satu sama lain. Bagi mereka memahami satu sama lain itu adalah elemen yang penting dalam sebuah perhubungan.

Dalam banyak-banyak hati yang saya pernah lihat, tiada satu pun yang semerah hatimu. Dalam banyak-banyak wajah yang pergi, kau yang kekal.



Boy : Saya tetap akan sayang awak walaupun suatu hari nanti kita akan berpisah dan saya akan tetap doakan awak, kebahagiaan awak dan orang yang bakal awak sayang nanti.

Girl : Saya sayang awak. :)





Mari aku hiasi masa senggangmu dengan memori indah antara kita.

Monday, 11 February 2013

Siapa Punya Hati, Siapa Punya Cerita.


Suatu petang yang dingin, Ayie menunggu Dira. Mungkin hari ini adalah hari terakhir mereka bertemu. Dira datang dibelakang Ayie, lalu menutup mata Ayie. "Agak-agak angin membisikkan apa ditelinga kamu ye?".  "Angin membisikkan bahawa awak akan pergi meninggalkan saya".

"
Tiada kata yang dapat aku ucapkan saat ini, tiada perasaan yang dapat aku gambarkan rasa hati ini." Prolog hati Ayie. "Kita kan still boleh contact. " Kata Dira sambil mempamerkan senyuman manis diwajahnya. Ayie memandang ke atas langit yang tinggi, sambil merasakan kaki masih diatas bumi. " Agak-agak bila kita boleh berjumpa lagi? " balas Ayie. " Cik Ayie, one day kita akan berjumpa, janganlah risau. "

"Baiklah saya akan sentiasa menunggu kepulangan awak dan berharap kita dapat berjumpa. Mahu berjalan dengan saya mengelilingi sawah padi? " tanya Ayie kepada Dira. "Orang gila je yang tak mahu berjalan dengan awak " Balas Dira. Petang itu mereka berjalan dan bergelak tawa bersama sehingga senja nan merah muncul. 





"
Mengapa si manis berwajah muram menitiskan air mata,

Mungkin kerana sebahagian dari catatan helaian kisah hidup dia.

Mengapa ada duka sedih tatkala kita mengharapkan senyuman dan tawa,
Mengapa ada rindu datang menjengah ke pintu hati saat senyuman itu bukan lagi milik hati ini,
Mengapa ada persoalan-persoalan di waktu setiap insan mengharapkan jawapan.

Dalam sendu itu ada tangisan dalam hiba namun disembunyikan di sebalik wajah selamba,
Dalam tawa riang ada sebaris senyuman pura-pura penutup kisah duka,
Dalam setiap kejahatan yang terpamer adanya sekilas kebaikan yang tak dipedulikan.
Perasaan di minda yang  tak mengerti, enggan difahami kerna 
dalam setiap kebenaran itu
seringkali punya penderitaan. Seperti mana penantian itu adalah satu
penyiksaan namun ada yang masih menanti-nanti akan sebuah jawapan.

Wahai hati, janganlah kau terluka lagi."
√ Verified Official Sky Lover © THIS DAYS Official Blogger