Pengikut Setia~

Friday, 28 September 2012

Memori Yang Lama


Hujan trun renyai-renyai. Ayie kesejukan. 
Ayie memandang langit yang terbentang luas di angkasa. Ayie cuba capai bintang yang tergantung di langit, namun dia tahu itu adalah satu mimpi, yang mustahil. Ayie mencari impian berdasarkan bintang-bintang yang berkelip terang di malam hari, dan mengejar awan-awan yang berarak di siang hari. 
Ayie baring diatas kati dan terus teringatkan bekas kekasihnya. " Kenapa aku teringatkan kau? " kata Ayie dalam hati. Ayie juga cuma berkata " Kalau benar kau yakin dia tercipta untuk kau, kau tidak perlu gusar jangan risau "


Kau pernah berikan aku mimpi-mimpi indah yang temani malam-malam sunyiku, tapi kau juga yang merobek keindahan itu sendiri. Mengapa begini yang kau lakukan? Kau hanya sebuah memori bagi aku. Memori yang lama.



Memori ni, ada masa ia sungguh kejam. Tapi ada masa ia mampu menjadi kenangan terindah kerana memori kau hanya milik kau seorang.


Sunday, 16 September 2012

Pengalaman Dan Kebahagiaan


Seorang perempuan bernama Puteri Dayana. Dialah satu-satunya perempuan yang dapat mencarikan hati Adam. Adam sangat sayangkan nya. Setiap masa Adam habiskan dengan bermesej dan menelefon Dayana. Adam dan Dayana tinggal di tempat yang amat jauh. Adam di Kedah dan Dayana di Kuala Lumpur. Tapi bagi Adam jarak bukan lah penghalang bagi cinta mereka. Jarak jugaklah yang membuat mereka saling rindu dan ingin sekali berjumpa. Pernah sekali Adam ke Kuala Lumpur dan ingin sekali berjumpa Dayana. Tapi malangnya mereka tidak dapat bertemu disebabkan Dayana tiada kenderaan.

Sampai lah suatu hari, Adam mempunyai perasaan terhadap seorang gadis. Tapi Adam juga masih sayangkan Dayana. Adam menyukai Dayana dan gadis itu. Adam telah berjaya memikat gadis itu dan membuat hubungan bersama dia. Malang tidak berbau. Akhirnya Dayana telah mengetahui tentang hubungan Adam dan gadis itu. Dayana tersenyum. Dayana betul-betul kecewa dengan sikap Adam. Adam berkata " Saya minta maaf awak. Saya akan putus dengan gadis itu dan bersama awak semula ". Dayana diam dan dia berkata " Tidak perlu meminta maaf. Salah saya jugak kerana termakan dengan ayat manis awak,awak jaga dia dengan baik dan jangan curang macam awak curang dengan saya". Dayana terus menutup telefon bimbitnya dan menghilangkan diri.

Adam pun diamkan diri dan tidak menegur sapa dengan Dayana. Bagi Adam, dia sudah bahagia bersama gadis itu. Adam setia dengan gadis itu dan tidak melayan mana-mana perempuan. Dua tiga orang gadis pernah mengajak Adam bercinta. Tanpa memikirkan apa-apa Adam terus menolaknya. Beberapa bulan bersama gadis itu akhirnya Adam mendapat tahu bahawa gadis itu mempunyai lelaki lain. Adakah ini pembalasannya? Gadis itu terus meninggalkan Adam. Adam kesunyian, kesepian, dunia dia gelap.

Pada satu malam, Adam tidur dan termimpikan Dayana. Adam terus mengambil telefon bimbitnya dan menghantar mesej kepada Dayana. Dayana membalas " Boleh saya bantu awak? ". Adam meminta maaf kepada Dayana. Dan Dayana berkata " Don't apologize, I'm losing what i don't deserve ".
Adam tahu yang Dayana masih marahkan dirinya dan berdiam diri. Adam betul-betul kecewa.



Cinta, jika gagal ianya digelar pengalaman, jika berjaya ianya digelar kebahagiaan.

Friday, 14 September 2012

Bukan Untuk Pengkhianat


Dulu kita pernah mempunyai hubungan. Tapi ketika itu awak mempunyai hubungan bersama orang lain. Sampai lah pada suatu malam, saya terlibat dengan kemalangan. Selepas saya sedar, awak telah berubah. Saya lah orang pertama yang awak cari.Dulu, awak sentiasa ada waktu untuk bersama dengan saya. Walau awak sibuk sekalipun, masa awak akan ada untuk saya walaupun sekejap.Dulu, awak selalu call saya mesej saya. Kalau saya tidak balas, awak mesti gelisah cari saya.Dulu, masa kita gadoh, awak selalu pujuk saya. Lemah lembut cara awak pujuk saya.Dulu, awak selalu cakap awak sayang saya sangat-sangat. Selalu awak luahkan yang awak rindukan saya.Awak buat segala-galanya untuk saya sehingga saya jatuh hati pada awak. Kasih sayang saya hanya untuk awak.Disebabkan saya sayang pada awak, saya sanggup tolak cinta orang lain. Saya cuma mahukan awak dan saya tidak mahu orang lain.Bila saya bercakap dengan awak saya gunakan kejujuran dan keikhlasan. Saya tidak mahu awak terluka. Saya sayang awak.Setiap masa, saya akan jaga hati dan perasaan awak. Setiap kesalahan saya, saya akan perbetulkan.Saya buat segala-galanya untuk awak sehingga saya tersilap cakap. Awak abaikan perasaan saya, awak siakan saya. Kenapa awak??Awak cakap awak sayangkan saya, tapi kenapa buat begini?
Walaupun awak selalu sakiti saya, menipu saya, beribu kali awak lukai saya, mempunyai hubungan bersama orang lain sewaktu bersama saya,
SAYA TETAP MAAFKAN AWAK.

Hari berganti hari akhirnya saya terlah berjaya lupakan awak.
Seorang kawan pernah bertanya
"
Kalau dia mahukan kau semula, kau akan menerimanya semula kah? "
Dengan tenang aku menjawab
"
Cinta aku untuk orang yang setia. Bukan untuk pengkhianat. "



Kalau dalam hati itu ada sekelumit cinta, kekallah bersama. Namun jika hanya sayang disulami benci, maafkanlah dia dan pergi sahaja.

Wednesday, 12 September 2012

Hidup Ini Umpama Merry-Go-Round



Hidup ini umpama sebuah Merry-Go-Round yang akan senantiasa berpusing,
Ada kelip lampu neonnya yang menceriakan wajah-wajah suci yang melihat, Senyum.
Saat lama indah itu waktu usia baru menanjak remaja, di taman tema itu
yang penuh warna-warni. 
Waktu itu jiwa muda ini masih lagi suci, tidak dicemari oleh hawa nafsu jiwa paling gelap.
Senyuman comel itu yang senantiasa bermain di bibirnya, sungguh aku terjatuh.
Aku pandang lama wajah ayu itu, aku lihat terus ke dalam matanya meskipun mata cantik
itu di tutupi dengan kaca-mata namun benar aku suka lihat mata itu.
Mata itu yang aku dambakan sekian lama, dan hati ini menjerit-jerit "Lihatlah aku disini!" 
tapi apa daya saat itu suara hati ini tak berbunyi. 
Setiap hari aku mencuri pandang wajah itu dalam senyap, aku rakamkan segala interpretasi diri itu ke dalam kotak memori yang paling dalam, hidden folder minda. Agar yang lain tidak tahu rahsia hati ini. Dan sekali lagi jiwa remaja ini meronta-ronta bila suatu saat wajah ayu itu, mata cantik itu dan senyuman comel itu telah dimiliki. Sentuhan genggaman tangan yang sekian lama aku nantikan itu menjadi milik orang lain. 
Saat itu sungguh aku terjatuh lagi, ke dalam kejatuhan jurang yang paling dalam. Umpama kejatuhan Empayar Rom di saat kegemilangannya. 
Hancur.
Luluh.
Musnah.
Hidup ini ibarat garisan parallel constant pada horizontal usia, memetik kat-kata seorang
manusia yang comel. Dan ianya benar setakat ini. Ketawa. Sinikal.
Kerana perjalanan hidup ini berjalan seiring dengan usia yang semakin matang. Jiwa remaja dahulu yang suci kini ditenggelami dunia yang semakin musnah, apokalips yang semakin dekat. Dan dari kejauhan itu aku lihat wajah ayu itu, bibir comel dan mata cantik itu berjalan perlahan mendekati aku. Kerana kini dia milikku. 
Hidup ini umpama Merry-Go-Round, I told you. Senyum.


Hidup ini sentiasa berputar laju, kau akan ketinggalan jika terleka dan alpa, kerana manusia yang menjadikan dunia ini kejam, bukan kerana dunia itu sendirinya kejam.
√ Verified Official Sky Lover © THIS DAYS Official Blogger