Pengikut Setia~

Friday 14 September 2012

Bukan Untuk Pengkhianat


Dulu kita pernah mempunyai hubungan. Tapi ketika itu awak mempunyai hubungan bersama orang lain. Sampai lah pada suatu malam, saya terlibat dengan kemalangan. Selepas saya sedar, awak telah berubah. Saya lah orang pertama yang awak cari.Dulu, awak sentiasa ada waktu untuk bersama dengan saya. Walau awak sibuk sekalipun, masa awak akan ada untuk saya walaupun sekejap.Dulu, awak selalu call saya mesej saya. Kalau saya tidak balas, awak mesti gelisah cari saya.Dulu, masa kita gadoh, awak selalu pujuk saya. Lemah lembut cara awak pujuk saya.Dulu, awak selalu cakap awak sayang saya sangat-sangat. Selalu awak luahkan yang awak rindukan saya.Awak buat segala-galanya untuk saya sehingga saya jatuh hati pada awak. Kasih sayang saya hanya untuk awak.Disebabkan saya sayang pada awak, saya sanggup tolak cinta orang lain. Saya cuma mahukan awak dan saya tidak mahu orang lain.Bila saya bercakap dengan awak saya gunakan kejujuran dan keikhlasan. Saya tidak mahu awak terluka. Saya sayang awak.Setiap masa, saya akan jaga hati dan perasaan awak. Setiap kesalahan saya, saya akan perbetulkan.Saya buat segala-galanya untuk awak sehingga saya tersilap cakap. Awak abaikan perasaan saya, awak siakan saya. Kenapa awak??Awak cakap awak sayangkan saya, tapi kenapa buat begini?
Walaupun awak selalu sakiti saya, menipu saya, beribu kali awak lukai saya, mempunyai hubungan bersama orang lain sewaktu bersama saya,
SAYA TETAP MAAFKAN AWAK.

Hari berganti hari akhirnya saya terlah berjaya lupakan awak.
Seorang kawan pernah bertanya
"
Kalau dia mahukan kau semula, kau akan menerimanya semula kah? "
Dengan tenang aku menjawab
"
Cinta aku untuk orang yang setia. Bukan untuk pengkhianat. "



Kalau dalam hati itu ada sekelumit cinta, kekallah bersama. Namun jika hanya sayang disulami benci, maafkanlah dia dan pergi sahaja.

3 comments:

  1. Best ayat nie :)--> Kalau dalam hati itu ada sekelumit cinta, kekallah bersama. Namun jika hanya sayang disulami benci, maafkanlah dia dan pergi sahaja.

    ReplyDelete
  2. erm..bt0la tu..
    kl x yah berkapel lg sng en??

    ReplyDelete

√ Verified Official Sky Lover © THIS DAYS Official Blogger