Pengikut Setia~

Wednesday, 12 September 2012

Hidup Ini Umpama Merry-Go-Round



Hidup ini umpama sebuah Merry-Go-Round yang akan senantiasa berpusing,
Ada kelip lampu neonnya yang menceriakan wajah-wajah suci yang melihat, Senyum.
Saat lama indah itu waktu usia baru menanjak remaja, di taman tema itu
yang penuh warna-warni. 
Waktu itu jiwa muda ini masih lagi suci, tidak dicemari oleh hawa nafsu jiwa paling gelap.
Senyuman comel itu yang senantiasa bermain di bibirnya, sungguh aku terjatuh.
Aku pandang lama wajah ayu itu, aku lihat terus ke dalam matanya meskipun mata cantik
itu di tutupi dengan kaca-mata namun benar aku suka lihat mata itu.
Mata itu yang aku dambakan sekian lama, dan hati ini menjerit-jerit "Lihatlah aku disini!" 
tapi apa daya saat itu suara hati ini tak berbunyi. 
Setiap hari aku mencuri pandang wajah itu dalam senyap, aku rakamkan segala interpretasi diri itu ke dalam kotak memori yang paling dalam, hidden folder minda. Agar yang lain tidak tahu rahsia hati ini. Dan sekali lagi jiwa remaja ini meronta-ronta bila suatu saat wajah ayu itu, mata cantik itu dan senyuman comel itu telah dimiliki. Sentuhan genggaman tangan yang sekian lama aku nantikan itu menjadi milik orang lain. 
Saat itu sungguh aku terjatuh lagi, ke dalam kejatuhan jurang yang paling dalam. Umpama kejatuhan Empayar Rom di saat kegemilangannya. 
Hancur.
Luluh.
Musnah.
Hidup ini ibarat garisan parallel constant pada horizontal usia, memetik kat-kata seorang
manusia yang comel. Dan ianya benar setakat ini. Ketawa. Sinikal.
Kerana perjalanan hidup ini berjalan seiring dengan usia yang semakin matang. Jiwa remaja dahulu yang suci kini ditenggelami dunia yang semakin musnah, apokalips yang semakin dekat. Dan dari kejauhan itu aku lihat wajah ayu itu, bibir comel dan mata cantik itu berjalan perlahan mendekati aku. Kerana kini dia milikku. 
Hidup ini umpama Merry-Go-Round, I told you. Senyum.


Hidup ini sentiasa berputar laju, kau akan ketinggalan jika terleka dan alpa, kerana manusia yang menjadikan dunia ini kejam, bukan kerana dunia itu sendirinya kejam.

No comments:

Post a Comment

√ Verified Official Sky Lover © THIS DAYS Official Blogger