Pengikut Setia~
Sunday, 16 September 2012
Pengalaman Dan Kebahagiaan
Seorang perempuan bernama Puteri Dayana. Dialah satu-satunya perempuan yang dapat mencarikan hati Adam. Adam sangat sayangkan nya. Setiap masa Adam habiskan dengan bermesej dan menelefon Dayana. Adam dan Dayana tinggal di tempat yang amat jauh. Adam di Kedah dan Dayana di Kuala Lumpur. Tapi bagi Adam jarak bukan lah penghalang bagi cinta mereka. Jarak jugaklah yang membuat mereka saling rindu dan ingin sekali berjumpa. Pernah sekali Adam ke Kuala Lumpur dan ingin sekali berjumpa Dayana. Tapi malangnya mereka tidak dapat bertemu disebabkan Dayana tiada kenderaan.
Sampai lah suatu hari, Adam mempunyai perasaan terhadap seorang gadis. Tapi Adam juga masih sayangkan Dayana. Adam menyukai Dayana dan gadis itu. Adam telah berjaya memikat gadis itu dan membuat hubungan bersama dia. Malang tidak berbau. Akhirnya Dayana telah mengetahui tentang hubungan Adam dan gadis itu. Dayana tersenyum. Dayana betul-betul kecewa dengan sikap Adam. Adam berkata " Saya minta maaf awak. Saya akan putus dengan gadis itu dan bersama awak semula ". Dayana diam dan dia berkata " Tidak perlu meminta maaf. Salah saya jugak kerana termakan dengan ayat manis awak,awak jaga dia dengan baik dan jangan curang macam awak curang dengan saya". Dayana terus menutup telefon bimbitnya dan menghilangkan diri.
Adam pun diamkan diri dan tidak menegur sapa dengan Dayana. Bagi Adam, dia sudah bahagia bersama gadis itu. Adam setia dengan gadis itu dan tidak melayan mana-mana perempuan. Dua tiga orang gadis pernah mengajak Adam bercinta. Tanpa memikirkan apa-apa Adam terus menolaknya. Beberapa bulan bersama gadis itu akhirnya Adam mendapat tahu bahawa gadis itu mempunyai lelaki lain. Adakah ini pembalasannya? Gadis itu terus meninggalkan Adam. Adam kesunyian, kesepian, dunia dia gelap.
Pada satu malam, Adam tidur dan termimpikan Dayana. Adam terus mengambil telefon bimbitnya dan menghantar mesej kepada Dayana. Dayana membalas " Boleh saya bantu awak? ". Adam meminta maaf kepada Dayana. Dan Dayana berkata " Don't apologize, I'm losing what i don't deserve ".
Adam tahu yang Dayana masih marahkan dirinya dan berdiam diri. Adam betul-betul kecewa.
Cinta, jika gagal ianya digelar pengalaman, jika berjaya ianya digelar kebahagiaan.
Labels:
Kasih sayang,
Kehilangan,
Kesetiaan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment