Pengikut Setia~

Monday, 19 November 2012

Ayie Dan Dira Di Dalam Hujan


Di dalam hujan Ayie keluar rumah untuk menemui kekasih hatinya, Dira. Dia telah berjanji untuk menemui Dira di taman permainan. Ayie berlari-lari anak sewaktu melintasi jalan raya untuk ke taman permainan berdekatan rumahnya. Entah kenapa hari itu banyak kenderaan yang lalu-lalang di kawasan itu. Ayie bercadang untung menggunakan jalan lain. Namun apabila terlihatkan Dira yang setia menanti di sebelah jalan sana, Ayie mula kuatkan hati dan dengan sepenuh kudratnya mula melangkah melintasi jalan yang sedang sibuk itu.

Sampai di pertengahan jalan, Ayie berehat sebentar di atas pembahagi jalan yang diwarnakan hitam putih itu. Dia memandang ke sebelah sana, Dira masih setia menanti kehadirannya. Dia tersenyum tatkala Dira melihatnya dengan penuh kerisauan.

"Dia risaukan aku, dia masih sayangkan aku lagi rupanya." monolog Ayie.

Dia yang mengajak Dira untuk bertemu di taman permainan itu, tempat mereka selalu berjumpa hampir setiap petang. Dia mendapat tahu Dira di belakangnya senyap-senyap selalu berjumpa dengan Danial. Dan hari ini dia nekad mahu menemui Dira dan meminta penjelasan. Dia akui dia masih sayangkan Dira, dan dia tidak mahu mempercayai sebarang gosip-gosip liar sebelum mendapat kepastian yang sahih daripada kekasih hatinya itu.

Hanya tinggal beberapa meter lagi, lalu dengan langkah yang sejuk Ayie mula melintas jalan yang separuh untuk mendapatkan Dira. Dari jauh dia melihat Dira sedang tersenyum menanti kehadirannya. Dia masih lagi ayu seperti kali terakhir mereka bertemu di taman permainan itu. Hanya beberapa langkah lagi dia akan sampai di seberang sana sebelum dia tiba-tiba dikejutkan dengan bunyi brek mengejut dari sisi kirinya. Ayie pandang kiri, sebuah motosikal double R warna hijau sedang meluncur laju ke arahnya. Tayar belakang motosikal itu kelihatan berasap akibat daripada tekanan brek yang mengejut bagi memberhentikan momentum pergerakan motor itu. Ayie dengan pantas cuba mengelak ke belakang. Dasar mat rempit petang-petang hujan yang sejuk dan damai pun mahu bawa motor gaya Rossi. Belum sempat Ayie mengambil nafas tiba-tiba sebuah kereta yang sedang dipandu dengan laju telah menghentam dia daripada sisi kirinya gara-gara cuba mengelak mat rempit yang berhenti mengejut tadi.

Ayie tercampak beberapa meter ke belakang. Sungguh sakit rasanya, beberapa tulang rusuk kirinya dirasakan patah dan Ayie rasa ada cecair panas mengalir dari kepalanya. Dia mula berpinar dan penglihatan mulai samar. Dan dari kejauhan itu dia ternampak Dira sedang melihat ke arahnya. Entah dari mana datangnya kekuatan dirinya, dia bingkas bangun dan berjalan ke arah Dira. Rusuk yang patah sudah tak dipedulikan. Sakitnya hanya Tuhan yang tahu namun mengenangkan Dira dia gagahkan jua. Badannya semakin lemah, penglihatannya mulai kabur dan sebelum dia sedar dia sudah terbaring kaku di atas jalan raya itu, memandang tepat ke arah Dira.

Ayie rasakan nyawa yang hampir ke penghujung itu mulai ditarik perlahan-lahan. Dira yang sedari tadi melihat ke arahnya tiba-tiba berpaling dan berjalan pergi. Ayie terkejut, dalam kesakitan itu dia cuba memanggil nama kekasih hatinya itu namun hampa, Dira terus berpaling pergi ke arah Danial yang sedang menanti di tepi taman permainan itu. Rupanya segala apa yang diceritakan itu ternyata benar. Ayie semakin lemah, dan dia terbaring kaku di situ. Pemandu yang telah langgarnya telah menelefon Ambulans. Walaubagaimana pun Ayie telah menghembus nafas terakhirnya tatkala hatinya hancur melihat pemergian kekasih hatinya yang selama ini di anggap setia. Ayie hanya terbaring di jalan sambil mencium hujan yang turun.




Curang ialah pilihan. Manusia sentiasa diberi peluang untuk buat pilihan.

Wednesday, 14 November 2012

Ayie Dan Dira


"Kadang-kala kita tak tahu tentang percaturan yang dikirim Tuhan kepada kita, kita seringkali mengeluh bila di hadapan adanya halangan dan seringkali alpa bila di puncak kejayaan." - Ayie 2012

Ayie melangkah perlahan, mengira langkah demi langkah kaki yang menapak. Semakin dia berjalan mendekati sawah padi itu, semakin kuat debaran di hatinya. Digital Canon yang tersangkut di bahunya dipegang erat, entah mengapa di waktu-waktu begini Digital Canon itu mampu meredakan resah di hatinya.

Di sawah padi itu, Ayie lihat Dira sedang duduk termenung sendiri sambil menutup mata seperti kebiasaannya. Kadang-kala terlihat senyuman di wajahnya menunjukkan yang dia sungguh menikmati saat angin menyapa dirinya perlahan. Ayie berjalan menghampiri Dira dengan perlahan-lahan sambil tersenyum.

"Hari ini apa yang angin bisikkan kepada awak?" Ayie bertanya sambil duduk di tunggul kayu bersebelahan Dira. Dira buka mata sambil tersenyum, "Angin bisikkan kepada saya yang awak dah sampai untuk menemani saya." Ya, senyuman itu, itulah senyuman yang selama ini membuatkan Ayie untuk jatuh, senyuman itu juga yang menemani malam-malam sepinya, senyuman yang sama itulah yang memberikannya semangat untuk terus datang ke sawah ini. Ayie dongak pandang langit, matahari kian tenggelam, dan langit semakin memerah. Dia pandang Dira, "Jom jalan-jalan pusing sawah?" tanya Ayie sambil bangun.

Dan petang itu, dalam senja yang semakin merah di dada langit mereka berjalan menelusuri kawasan sawah sambil bercerita tentang masa lalu, dan juga tentang masa hadapan.





Hadirmu umpama cahaya, yang terangi malam gelapku. Tawamu riang, buatkan hati terasa tenang.

Sunday, 11 November 2012

Tulang Rusuk Ayie


Sebuah senja yang sempurna, sepotong kek, dan lagu cinta yang lembut ? Adakah yang lebih indah dari itu, bagi sepasang manusia yang memadu kasih? Ayie dan Zara duduk di punggung senja, berpotong percakapan lewat, beratus tawa timpas, lalu Zara pun memulai meminta kepastian. ya, tentang cinta.
Zara : Siapa perempuan yang paling kamu sayang selain ibu bapa dan keluargamu?
Ayie : Sudah semestinya perempuan itu adalah kamu.
Zara : Bagi kamu, aku ini siapa?
Ayie : (Berfikir sejenak, lalu menatap Zara dengan pasti) Kamu tulang rusukku! Ada tertulis, Tuhan melihat bahwa Adam kesepian. Saat Adam tidur, Tuhan mengambil rusuk dari Adam dan menciptakan Hawa. Semua lelaki mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hati.”
Zara : Terima kasih. Saya teramat sayangkan awak Ayie. Saya berjanji saya akan sentiasa menjadi tulang rusuk kamu.
Pada suatu hari mereka mulai bertengkar disebabkan Zara mempunyai kekasih lain. Dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas.
Pada akhir sebuah pertengkaran, Ayie berjalan keluar rumah bersendirian. Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak, “Kamu tidak cintakan aku lagi! Kenapa kamu buat begini Zara?”

Ayie sangat membenci ketidakdewasaan Zara dan secara spontan pergi ke rumah Zara sambil berteriak, “Aku menyesal mengenali kamu!." Zara membalas "Aku bukan tulang rusukmu!
Tiba-tiba Ayie terdiam , berdiri terpaku untuk beberapa saat. Matanya basah. Ia menatap Zara, seakan tak percaya pada apa yang telah dia dengar.

Zara menyesal akan apa yang sudah dia ucapkan. Tetapi seperti air yang telah tertumpah, ucapan itu tidak mungkin dapat dibetulkan kembali. Dengan berlinang air mata, Ayie kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya. Ayie bertekad untuk berpisah dan pergi ke luar negara untuk menenangkan hatinya. Sebelum pulang ke rumah, Ayie memberitahu Zara “Kalau kau bukan tulang rusuk aku, biarkan aku pergi. Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing.


Dua tahun berlalu…..
Ayie pulang ke tanah air dan dia teringatkan akan Zara. Dia tetapi berusaha mencari  Zara. Puas mencari tetapi tidak juga berjaya.
Dan di tengah malam yang sunyi, saat Ayie meminum kopinya, Ayie merasakan ada yang sakit di dadanya. Tapi dia tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan Zara.
Suatu hari, mereka bertemu kembali. Di airport, di tempat ketika banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah tembok.
Ayie : Apa khabar?
Zara : Baik. Kamu sudah berjumpa dengan rusukmu yang hilang?
Ayie : Belum.
Zara : Aku terbang ke Paris dengan penerbangan berikut.
Ayie : Aku mahu ke New Zealand dan akan kembali 2 minggu lagi. Cuba hubungi aku kalau kamu sempat. Kamu tahu perasaan sayang aku tidak akan berubah walaupun hati kamu sudah dimiliki. Tidak akan ada yang berubah.
Zara tersenyum manis, lalu berlalu.
Good bye….

Seminggu kemudian, Ayie mendengar bahwa Zara mengalami kemalangan, dan Zara telah mati. Malam itu, sekali lagi, Ayie meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit di dadanya. Akhirnya dia sadar bahwa sakit itu adalah karena Zara, tulang rusuknya sendiri. Sakit kata Ayie. Ayie berfikr jikalau lah dia boleh bersabar akan Zara dahulu, sudah pasti Zara ada disebelahnya.





Cinta itu mudah, tapi kita yang menyusahkan.



√ Verified Official Sky Lover © THIS DAYS Official Blogger