"Saya sayang awak, tapi saya lebih percayakan kata-kata kawan saya. Saya pernah dipermainkan oleh seorang lelaki. Dan disebabkan itu saya berhenti dari mempercayai lelaki." - Awak, 2013
"Perasaan rabak. Hati kecewa. Syaitan menguasai diri.
Tapi, bila pertama kali aku berjumpa kau, gembiranya hati aku bila mendengar suara kau secara realiti.
Jantung aku terus berdegup kencang. Kau meminta maaf.
Sifat marah aku dah hilang bila pertama kali lihat wajah kau.
Bila mendengar suara kau, hati aku sudah cair.
Bila lihat kau menangis, hati aku lembut seperti kapas." Monolog hati Ayie.
Semua manusia mahukan kebahagiaan, kegembiraan.
Semua manusia mahu rasa manisnya cinta dan perasaan.
Tapi kita jangan lupa yang hidup ini berpasangan,
Setiap yang manis itu akan ada juga pahit dalam perhubungan.
Setiap yang indah itu kadang-kala terselit secebis kesedihan.
Pengikut Setia~
Thursday, 22 August 2013
Tuesday, 28 May 2013
R.A.B.A.K
Rabak.
Itulah perkataan yang sesuai untuk menggambarkan apa yang sedang berlaku pada aku saat ini. Bila matahari tidak lagi menyinari sisi-sisi gelap di sudut hati, dan bulan tidak lagi menyuluh langkah dalam gelap. Kadang-kala aku berfikir, kenapa perlu ada sakit, kenapa perlu ada perpisahan, kenapa perlu ada peperangan. Tapi aku sedar yang dunia ini adil, Tuhan itu Maha Adil. Diciptakan-Nya sesuatu secara berpasang-pasangan. Di sebalik sakit adanya kesihatan, di sebalik perpisahan wujudnya pertemuan dan di sebalik peperangan akan ada keamanan.
Ayie pandang Galaxy Young, membaca satu persatu bait-bait perkataan yang tertulis. Dia pandang origami yang dibuatnya. Dan saat itu dia sendiri tidak mengerti apa yang sedang dirasai oleh hatinya, yang pasti ia amat menyakitkan. Tiada lagi rama-rama di dalam perut, tiada lagi fikiran ke masa-masa yang indah dan tiada lagi senyuman yang terlukis di hatinya. Masa seolah berhenti, dia pandang sekitar dengan satu pandangan kosong. Dirasakan semua orang yang memandang ke arahnya tersenyum, sinis. Seolah mereka memandang dan berkata, "Ini bukan yang kau mahukan, jadi terimalah.". Ayie buka laman sosial Facebook, cuba untuk mengalih pandangannya dari realiti yang seolah sedang ketawa, menghukum dirinya.
"Syazrull Zerull : Sakit bukan bila ditinggalkan, dan kerana itu aku lebih rela supaya aku ditinggalkan daripada aku yang meninggalkan. Kerana aku tak mahu dia merasai sakit yang aku rasai."
Ayie senyum, telan liur yang terasa pahit. Secangkir kopi diambil dan dia minum dalam menikmati setiap zarah-zarah air yang memasuki rongga tubuhnya. Aku tak mahu dia menjadi mangsa pada keadaan, lalu aku putuskan supaya aku yang ditinggalkan. Sekurang-kurangnya dia tidak merasai sakitnya bila ditinggalkan. Dan dia bangun, melangkah longlai menuju kembali ke kehidupannya. Dengan satu perasaan yang rabak. Dengan jiwa yang berdarah. Dan dia capai topeng yang tersimpan, memakai topeng senyuman agar mereka di dunia luar tidak mengetahui wajah sebenarnya di dalam.

You let time pass. That’s the cure. You survive the days. You float like a rabid ghost through the weeks. You cry and wallow and lament and scratch your way back up through the months. And then one day you find yourself alone on a bench in the sun and you close your eyes and lean your head back and you realize you’re okay. –Dear Sugar.
Lepaskan dia dari hati awak, biar apa pun alasannya.
Friday, 3 May 2013
Untitled
"Cinta akan menyakitkan ketika kamu berpisah dengan seseorang, lebih menyakitkan apabila kamu dilupakan oleh kekasihmu, tapi cinta akan lebih menyakitkan lagi apabila seseorang yang kamu sayangi tidak tahu apa yang sesungguhnya kamu rasakan......."
Di sunyi malam Ayie belajar pada detak jarum jam. Berhenti atau berlari.
Malam semakin lengang. Sunyi semakin menggenang. Rindu makin datang menerkam.
Kenangan, memunculkan cerita memedihkan. Luka, tetap menjadi teman menyakitkan.
Kenapa dicelah sunyi, malam melantunkan jiwanya? Kenapa nyanyian rindu muncul sekilas melintas?
Sunyi, peluklah aku. Malam, mimpikan aku. Sayang, lupakan aku kerna aku hanyalah satu impian tak tercapai.
Labels:
Bicara Hati,
Dia,
Diri,
Kasih sayang,
Kehilangan,
Kesedihan
Monday, 25 March 2013
Bicara Hati #2
Saat manusia tersungkur jatuh, saat itu lah manusia harus berusaha bangkit, jangan pernah berdiam diri menatap luka, usap lah luka itu lalu bergegas tuk berlari lagi.
Sam ingat lagi kau pernah bertanyakan kepada sahabat. Kau tanyakan " Kalau seseorang itu putus asa apa perlu kita buat". Kau ingat lagi apa kawan kau jawab? Kawan kau jawab "Allah membenci orang yang putus asa". Kau nak Allah benci kau?
Tenanglah. Dulu kau nasihatkan orang seperti kau hebat. Tapi bila ia terjadi pada diri kau, kau dah hampir putus asa. Kau ini hanya seorang lelaki, yang kerapkali dia akan cari sebelum dia kuat untuk kembali melangkah pergi. Sam "Be strong" and "Stay strong". Tenang Sam. Tenang diri. Tenang hati. Perasaan ini serupa celaka kan?
#Np : Kalimah Cinta - In Team

Diri
Sunday, 24 March 2013
Bicara Hati
"Pabila saatnya angin itu terlalu deras menerjah benang yang kita cipta tadi, tanpa sedar ianya putus dan kita melayang jauh. "
Aku pandang bulan dari bumi, aku cuba capai namun tak sampai. Macam hati kau, cuba aku sentuh tapi jauh. Dulu ia dekat. Sangat dekat dengan aku. Tapi, sekarang makin jauh. Sam kau okay dan kau selalu okay. Kau akan okay sampai mati.
Sam kau mungkin tak mampu nak memiliki hati dia yang dulu, kau hanya dapat mendengar suara dia sama seperti dulu. Itu kan dah mampu buat kau tenang. Sam, kau rindu dia kan? Setiap hari kau menunggu dia. Setiap hari kau doakan dia. Dalam sehari kau cuma tidur 2 jam sehari. Dalam seminggu ada 7 hari, dan kau cuma tidur 14 jam. Hari-hari kawan kau pegang dada kau dengan jari telunjuk dan mengatakan bahawa dia ada disini.
Setiap kali mata terbuka, yang pertama singgah di fikiran kau hanyalah bayangan wajah dia. Kau rindu dia kan? Benda pertama bila kau rasa rindu. kau kena bersyukur kepada-Nya sebab memberikan kau rasa rindu. Sam, diam. Usah bersuara. Pegun. Usah bergerak. Menunggu.
#Np : When I Was Your Man - Bruno Mars
Labels:
Bicara Hati,
Dia,
Diri
Friday, 22 February 2013
Cinta Beruang Dan Panda
Muka Buku ialah tempat perkenalan BERUANG dan PANDA. Kenal melalui komen dan chatting dan ber-SMS bersama.
Bermula sebagai kawan. Makin lama hati kian berbunga-bunga. Cinta mula dilafazkan. Ikrar janji setia disebutkan. " SAYA SAYANG AWAK. JANGAN TINGGALKAN SAYA".
Gembira mereka bersama. Bermanja mereka bersama. Ketawa mereka bersama. Kesedihan mereka tentang bersama. Semua ini berlaku disebabkan perasaan "SAYANG".
Beruang dan Panda berjanji akan menjadi kekasih terhebat. Mereka saling memahami antara satu sama lain. Bagi mereka memahami satu sama lain itu adalah elemen yang penting dalam sebuah perhubungan.
Dalam banyak-banyak hati yang saya pernah lihat, tiada satu pun yang semerah hatimu. Dalam banyak-banyak wajah yang pergi, kau yang kekal.
Boy : Saya tetap akan sayang awak walaupun suatu hari nanti kita akan berpisah dan saya akan tetap doakan awak, kebahagiaan awak dan orang yang bakal awak sayang nanti.
Girl : Saya sayang awak. :)
Mari aku hiasi masa senggangmu dengan memori indah antara kita.
Monday, 11 February 2013
Siapa Punya Hati, Siapa Punya Cerita.
Suatu petang yang dingin, Ayie menunggu Dira. Mungkin hari ini adalah hari terakhir mereka bertemu. Dira datang dibelakang Ayie, lalu menutup mata Ayie. "Agak-agak angin membisikkan apa ditelinga kamu ye?". "Angin membisikkan bahawa awak akan pergi meninggalkan saya".
"Tiada kata yang dapat aku ucapkan saat ini, tiada perasaan yang dapat aku gambarkan rasa hati ini." Prolog hati Ayie. "Kita kan still boleh contact. " Kata Dira sambil mempamerkan senyuman manis diwajahnya. Ayie memandang ke atas langit yang tinggi, sambil merasakan kaki masih diatas bumi. " Agak-agak bila kita boleh berjumpa lagi? " balas Ayie. " Cik Ayie, one day kita akan berjumpa, janganlah risau. "
"Baiklah saya akan sentiasa menunggu kepulangan awak dan berharap kita dapat berjumpa. Mahu berjalan dengan saya mengelilingi sawah padi? " tanya Ayie kepada Dira. "Orang gila je yang tak mahu berjalan dengan awak " Balas Dira. Petang itu mereka berjalan dan bergelak tawa bersama sehingga senja nan merah muncul.
"Mengapa si manis berwajah muram menitiskan air mata,
Mungkin kerana sebahagian dari catatan helaian kisah hidup dia.
Mengapa ada duka sedih tatkala kita mengharapkan senyuman dan tawa,
Mengapa ada rindu datang menjengah ke pintu hati saat senyuman itu bukan lagi milik hati ini,
Mengapa ada persoalan-persoalan di waktu setiap insan mengharapkan jawapan.
Dalam sendu itu ada tangisan dalam hiba namun disembunyikan di sebalik wajah selamba,
Dalam tawa riang ada sebaris senyuman pura-pura penutup kisah duka,
Dalam setiap kejahatan yang terpamer adanya sekilas kebaikan yang tak dipedulikan.
Perasaan di minda yang tak mengerti, enggan difahami kerna
dalam setiap kebenaran itu
seringkali punya penderitaan. Seperti mana penantian itu adalah satu
penyiksaan namun ada yang masih menanti-nanti akan sebuah jawapan.
Wahai hati, janganlah kau terluka lagi."
Wednesday, 23 January 2013
Aku, Dia, Chocolate Indulgence dan Espresso Machiato.
Perbualan 12 November tahun 2012.
"SAM, apakah hadiah hari lahir yang paling bermakna yang kau pernah terima?" soal seorang teman, beberapa lama dahulu. Aku pandang wajahnya. Dia tersenyum. Aku diam dan berfikir. Apakah hadiah yang paling bermakna pernah aku terima? Aku lihat jam tangan Ice biru turquoise di pergelangan tangan, aku lihat telefon bimbit ku Cik Nia dan akhirnya aku nampak aku dan dia di sebalik pantulan cermin di tempat kami menikmati minum petang kami pada saat itu.

Aku pandang dia, senyum dan menjawab. "Dapat lahir ke dunia ini, menikmati kehidupan dan berkenalan dengan semua yang hadir di dalam hidup ini dan masih kekal bernafas sehingga saat ini adalah hadiah hari lahir yang paling bermakna buat aku." Ya, itulah hadiah paling bermakna di dalam hidup aku. Sebuah kehidupan. Dia ketawa, mungkin sudah dapat mengagak bahawa aku takkan memberikan jawapan seperti yang dia fikirkan di minda. Itu perbezaan antara kami, namun perbezaan itu juga yang mampu membuatkan kami terus bersahabat sehingga ke hari ini. Sekurang-kurangnya aku menganggap dia seperti sahabat aku.
Aku hirup kopi hitam pekat itu, Espresso Machiato rasanya, itupun kalau pelayan tadi tidak tertukar pesanan aku dengan pesanan yang lain. Kopi yang hitam pekat dipenuhi buih-buih halus itu membuatkan tekak aku yang kehausan itu disirami. Dan kek itu, aku makan perlahan-lahan. Aku bukan seorang manusia yang menggemari kek, namun untuk meraikan tarikh 12 November ini aku pesan sepotong kek Chocolate Indulgence buat diri sendiri.
Selamat hari ulangtahun kelahiran yang ke-16 buat diri aku sendiri. Kini aku sudah menjangkau 17.
Selamat hari ulangtahun kelahiran yang ke-16 buat diri aku sendiri. Kini aku sudah menjangkau 17.
Sunday, 13 January 2013
Kehilangan Sahabat. Sakitkah Ayie ?
Kehilangan seorang sahabat adalah sebuah cerita yang pasti akan terjadi dalam kehidupan nyata ini. Entah kehilangan karena sebuah permasalahan kecil, besar, ataupun ajal yang memang harus sudah ditemui. Bagi Ayie, kehilangan seorang sahabat bukan hal yang tidak pernah dialami. Jujur dia pernah mengalaminya beberapa kali. Banyak persoalan kecil maupun besar yang menyebabkan sahabat-sahabat lama tersebut sekarang ini hanya menjadi kawan biasa saja, tidak memiliki ikatan seerat dulu ketika menjalin tali persahabatan. Tetapi mungkin dia akan tetap menjalin hubungan persahabatan dengan sahabat-sahabat lama dulu itu. Walaupun hanya menjadi seorang kawan biasa, hubungan baik antara manusia harus tetap dijalani. Terlebih lagi hubungan baik sesama umat Islam, haruslah dibina sebaik mungkin.
Harus diakui bahwa pada awalnya kehilangan seorang sahabat rasanya sangat menyakitkan. Tapi setelah mengetahui berbagai pelajaran kehidupan bahwa dunia ini tidak abadi terlebih lagi seorang sahabat dan hanya Allah SWT yang abadi di dunia ini. Jadi Ayie lebih memilih untuk tidak begitu mengagungkan kehadiran seorang sahabat. Sahabat memang pemanis dalam kehidupan ini, tapi suatu saat mereka juga boleh memberikan pengaruh buruk kepada kita. Jadi lebih baik tidak mencintai seseorang melebihi cinta kita kepada Allah. "Walau kamu menganggap aku teman biasa, aku masih bersyukur. Walau kau lupa saat persahabatan kita dulu, aku tetap tidak akan lupa" bisik hati Ayie.
Pada hari yang cerah dengan kicauan burung, angin pun berhembusan meniup pepohonan bagaikan melambaikan tangan ke arahku, kelas yang sangat bising dengan keletah kawan-kawan. Di dalam kelas itu ada ramai kawan yang selalu menemani ku. Tapi cuma pada waktu dulu. Ayie cuma duduk bersendirian, kadang-kadang sebak rasa dalam hatinya. Dia diam sambil mendengarkan seorang teman yang pernah rapat dengannya bising dengan ketawa. Tapi kini mereka tidak serapat dulu. Dia memberikan banyak perubahan, melupakan janji. Ayie gembira bila dia dapat sahabat yang lebih baik dari dia.
Pada salah seorang sahabat yang lain, dia begitu ramah dan menjalin hubungan persahabatan sangat erat. Sama-sama berjanji untuk tidak saling melupakan. Dia pernah berkata pada Ayie bahawa tidak akan pernah melupakan sahabat terbaiknya ini. Tapi semuanya ibarat lakonan untuk menyedapkan hati kawannya. Sekarang, jika kami bertemu hanya menjadi angin lalu saja. Hanya Ayie yang membuka cerita untuk menghilangkan bosan kawannya.
Tetap harus diingat bahawa sahabat tidak ada yang abadi. "Aku tidak menganggap kehilangan seorang sahabat menjadi akhir dari segalanya. Masih banyak sahabat-sahabat lain di dunia ini yang boleh aku temukan. Dunia ini luas dan sangat banyak orang di dalamnya. Bersahabat dengan kawan berlainan kaum pun tak akan menjadi masalah. Sahabat memang merupakan orang penting dalam kehidupan. Hidup terasa kosong tanpa kehadiran sahabat. Namun harus diingat kembali, sahabat tidak abadi. Jadikanlah Allah SWT sebagai sahabat, kekasih, dan segalanya bagi kita. Lebih baik kita memuja-Nya daripada harus memuja manusia-manusia yang kerap jatuh dalam kesalahan" bisik hati Ayie. Apapun, aku harap kita tetap akan kenal sampai ke Jannah.
Kawan adalah mereka yang akan puji kehebatan kita. Tapi sahabat adalah mereka yang mengkritik kehebatan kita, untuk kita jadi lebih hebat.
Labels:
Kehilangan,
Kesedihan
Subscribe to:
Posts (Atom)